"Woi, Rin."
Meja itu ditendang sekali. Apabila tiada sahutan dari Irina, gadis itu terus mengguling mata.
"Irina Ferrish!!!"
Meja Irina ditendang lagi beberapa kali. Tapi tiada sebarang tindak balas berlaku. Mata yang memandang dia tidak dipedulikan. Gadis itu terus merengus.
"Apa kejut macam tu? Dia tengah sleeping beauty tu. Kejut la elok sikit, cik adik oii."
Gadis itu menjeling lelaki itu.
"Kalau kau tahu sangat macam mana nak kejutkan SLEEPING BEAUTY ni, kau buat la."Gadis itu terus melabuhkan duduk depan Irina yang sedang nyenyak tidur. Lelaki itu pula mendekati Irina. Mulut didekatkan ke telinga Irina. Dia berbisik sesuatu. Beberapa saat kemudian, Irina mengangkat kepalanya.
"Arkk!!"
Kepala Irina dan muka lelaki itu berlaga. Lelaki itu memegang mukanya. Sakitt. Irina dengan mata kuyu memegang kepala sambil melihat sekeliling. Benda apa yang hentak kepala aku ni?
"Setan mana yang bisik dekat telinga aku tadi?" soal Irina malas.
"Setan belakang kau tu," balas gadis itu.
Irina menoleh. Lelaki itu masih memegang mukanya. Matanya melihat Irina. Irina guling mata.
Irina pandang depan semula. Dia berura-ura untuk tidur semula tapi terbantut kejap.
"Hoi gadis yang cantik lagi manis. Kau jangan nak tidur balik eh. Bangun bangun," si gadis mengarah.
Irina bersandar dan berpeluk tubuh. Mata terpejam.
"Apahal kejut aku? Kacau ah aku tidur. Dah la bisik benda mengarut."
Lelaki tadi duduk di sebelah Irina. Alang-alang kerusi kosong.
"Eii ni je la caranya aku nak kejutkan kau. Sampai muka hensem aku pula yang kena tempias," marah lelaki itu.
"Arwan Ashley. Anda rasa saya ada masa untuk peduli dengan masalah anda?"
Arwan menjeling Irina.
"Apa je yang ikan buntal ni bisik dekat kau? Sampai kau terjaga terus?" terus gadis itu bertanya.
"Kau nak tahu,Zya? Aku yang seronok bermimpi tiba-tiba ada suara asing menggegarkan mimpi aku. 'Kelazatan dari timur tengah, Yusof Taiyob.' Huru hara mimpi aku."
Zya memandang Arwan jengkel. Serius la Arwan buat macam tu. Arwan kerut dahi pandang muka Zya.
"Apa? Itu je la caranya nak kejutkan kawan kau ni. Diakan anti iklan."
Zya menepuk dahi. Irina kembali pejam mata. Iya, memang dia anti iklan. Bila tengok iklan kat TV je, terus dia komen itu ini. Entah apa yang dia tak puas hati kat iklan tu pun tak tahu la.
"Aku nak tanya kau ni Rin. Kau bergaduh ke semalam?" soal Zya.
Irina angkat kening.
"Aku? Gaduh? Waste my time la.""Ada budak cakap kau gaduh dengan Sarah semalam."
"Sarah? Sarah mana? Sarah Kellyson. Sarah Nadia. Erysarah. Sarrahin Macmaikel. Mawar Aisarah. Sa-"
"Okey cukup. Tak payah sebut semua Sarah yang kau kenal. Sarah tingkatan 5 kelas 4. Yang kau laporkan tu."
"Oh Sarah ke. Untuk pengetahuan kau, dia bernama Sarah Batrisya Ariena Rose. Nama punya panjang. Nama Sarah yang ramai guna juga dia nak guna. Guna la Batrisya ke. Ariena ke. Rose ke. Kan tak konpius."
Zya tunjuk muka bosan. Mata dinaikkan ke atas. Dah mula dah si Irina ni.
"Dah tak payah melencong ke kiri kanan eh. Sekarang ni kau cakap. Kau ada bergaduh dengan dia ka semalam?"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...