KOH-18

260 17 1
                                    

Hari pembedahan sudah tiba. Hanya tunggu waktu sahaja pembedahan Zarrif akan dilakukan. Mereka hanya menunggu di wad Zarrif.

Irina memandang Zarrif. Senyum kecil terukir. Tak lama lagi, Zarrif dapat melihat semula. Tak lama lagi, Zarrif akan kembali normal. Dia pula yang rasa tak sabar mahu mata itu melihat cahaya semula.

"Rin, kau akan tunggu akukan?"
soal Zarrif.

Irina kerut dahi dengan soalan itu.
"Of course. Mesti la aku akan tunggu. Kenapa?"

"Nothing. Just instinct yang kau tiba-tiba akan hilang."

Irina diam. Senyum nipis diukir semula. Tangan kanan Zarrif diraih. Kekura Zarrif diusap. Zarrif hanya biarkan.

"Don't worry. Aku takkan hilang. Kau ni negatif sangat la. Cuba fikir positif sikit."

"Ye la. Aku semuanya negatif."

"So, kau sediakan?"

Zarrif senyum. Anggukan yakin diberi.
"Yup! Aku tak sabar nak melihat semula. Aku nak tengok sekeliling aku. Dan aku nak tengok kau."

"After this, you can see me. Setiap hari pun boleh."

Zarrif senyum senget. Dia tak sabar. Betul-betul tak sabar mahu melihat semula. Dia tak sabar nak lihat Irina. Yang selama ini menjaganya. Yang selama ini berinya semangat. Yang selama ini berkongsi cerita dengannya.

Irina melihat jam dipergelangan tangan kanannya. Sudah hampir waktu pembedahan Zarrif iaitu pukul tiga petang.

"Lagi sepuluh minit nak pukul tiga. Kau get ready. Aku tunggu kau kat luar tau. Kejap lagi nurse datang ambil kau," ucap Irina.

"Aku tahu. Janji dengan aku kau akan tunggu sampai habis pembedahan. Sampai aku baik semula. Janji?"

Zarrif menghulurkan jari kelingking. Irina melihat jari Zarrif dengan lama. Dengan teragak-agak, Irina menyilangkan jarinya dengan jari kelingking Zarrif.

"Okey."

"Encik Zarrif. Dah tiba masa."
Seorang jururawat masuk.

Zarrif angguk. Dia mula turun dari katil. Irina berdiri disebelahnya. Memeluk erat lengan Zarrif. Zarrif menolak perlahan tangan Irina.

"It's okey. Aku dah boleh jalan sendiri."

Irina hanya diam. Irina berdiri di situ.  Zarrif berjalan beberapa langkah ke hadapan, tetapi dia berhenti dan berpatah balik. Zarrif menganggarkan kedudukannya dengan Irina. Tangan diluruskan ke depan bagi mencari Irina. Irina yang melihat terus memegang tangan Zarrif.

"Why?" Irina soal.

Mata Irina membulat apabila Zarrif menarik tangannya dengan kuat. Irina masuk ke dalam pelukan Zarrif. Zarrif memeluk Irina erat. Rambut Irina diusap. Dapat dia menghidu haruman rambut Irina yang berbau lavender.

Beberapa minit berkeadaan begitu, Zarrif meleraikan pelukan. Jantung mereka berdegup kencang. Mereka sedar akan hal itu. Zarrif senyum kecil. Tangan Irina digenggam erat.

"Follow me. Sampai bilik bedah."

Irina guling mata. Senyum kecil terukir.
"Alright, Rifrif."

Mereka dibawa oleh jururawat itu ke bilik bedah.

¶¶¶

Irina memandang wajah Zarrif. Sudah hampir dua jam pembedahan Zarrif habis, tapi masih belum ada tanda-tanda Zarrif mahu sedar kerana kesan ubat bius semasa pembedahan belum habis lagi. Doktor Louis kata pembedahan berjalan lancar. Jadi, Irina tidak risaukan apa-apa sangat.

Key Of HappinessWhere stories live. Discover now