Zarrif menongkat dagu di atas meja kerjanya. Mata memerhati kertas-kertas yang bertaburan di atas meja. Cuba menganalisis.
"I can't found any clues about him. Where is he?"
Tangan kanan mengambil salah satu kertas yang tertera maklumat lapan tahun lalu.
"Jordan Kenny. Kes rompakan dan pembunuhan seorang gadis. Sebab tu ke dia berdendam dengan aku? Sebab kalahkan dia dalam kes tu?"
Zarrif menyerabaikan rambutnya. Buntu dia memikirkan pasal orang itu. Kejadian langgar lari yang dialaminya sendiri. Selepas bertahun-tahun dia siasat kes ini, dia ingat kembali mengapa dia tergesa-gesa memandu pada malam itu.
Dia telah mendapat panggilan dari seseorang. Anak ayahnya bersama wanita yang lain. Dia dapat tahu bahawa ayahnya telah tiada. Dia memandu dengan laju menuju ke lapangan terbang. Tapi, dia kemalangan malam itu. Selepas saja dia ingat, terus dia terbang ke Amerika di mana ayahnya tinggal. Damian Dean Harrien, ayahnya telah tiada. Zarrif rasa terkilan.
Dia dah dapat kenal pasti pemandu lori itu daripada CCTV yang berada di tempat kemalangan. Tak sangka juga yang lelaki itu sendiri yang lakukan kerja. Selalunya orang lain akan mengupah seseorang bagi pihaknya. Ataupun lelaki itu sebenarnya diupah?
"Kau lari ke mana ni?"
Zarrif menyoal diri sendiri. Kertas itu diletak semula. Apabila memikirkan hal itu, dia buntu. Mungkin lelaki itu telah larikan diri jauh dari sini. Tak mustahil. Sebab dah enam tahun berlalu.
Semua maklumat tentang Jordan Kenny telah dia temui. Dari keluarga sehingga latar belakangnya. Pernah juga dia pergi berjumpa ahli keluarga Jordan tapi mereka mengatakan mereka tidak pernah berjumpa sejak dia masuk penjara. Dan mereka langsung tak tahu yang dia sudah dibebaskan atau tidak.
Kes lapan tahun lalu yang pertama kali dia ambil alih. Kes yang pertama kali dia menang dan kendalikan. Dia berusaha bersungguh-sungguh mencari bukti dan saksi dalam kes itu. Akhirnya lelaki bernama Jordan Kenny itu dipenjarakan. Dia gembira sangat waktu itu sehingga tak fikir bahawa Jordan menyimpan dendam terhadapnya.
"Dia pernah datang hospital lepas aku kemalangan. Then what? Why dia tak bunuh aku waktu tu je lepas tahu aku masih hidup?"
Pelik juga lelaki ini. Dia diupah? Atau buat kerja sendiri? Risiko menjadi seorang peguam. Zarrif tahu. Pasti lagi ramai yang berdendam dengannya. Salah seorangnya ialah Jordan Kenny. Sehingga sanggup melakukan langgar lari.
Kertas-kertas itu disusun kemas lalu diletakkan ke dalam fail semula. Kalau dia hanya berfikir tanpa menyiasat, tak ada gunanya. Dia kena cari Jordan Kenny sendiri dan mendapatkan keterangannya.
Laci meja ditarik. Sampul di dalam diambil lalu dibelek. Zarrif senyum. Perlahan-lahan senyumannya memudar.
"Kau kat mana Irina?"
Zarrif mengeluh perlahan. Dia tak jumpa jejak Irina. Dia cuba mencari tapi tak jumpa juga. Hasil pencariannya, dia dapat tahu rumah Irina dan sekolahnya sahaja. Pernah juga dia ke sekolahnya dan mencuba mencari maklumat Irina. Tapi hampa.
Dalam fikirannya sama ada Irina masih di dalam negara ini atau berada di luar negara. Tapi, jika dia berada di luar negara. Dengan siapa? Mengapa? Dan bagaimana? Mengikut apa yang dia tahu dan dari cerita aunty Mary, Irina tiada keluarga. Dia tinggal seorang.
Namun kini, mungkin dia ada peluang cerah apabila Sufian turut akan membantu. Tapi, dia tak beritahu pun Sufian yang dia mengenali Irina. Dia cuma cakap dia pernah dengar nama itu. Mungkin juga dengan bantuan Sufian, Irina dapat dijumpai? Dia juga dah tahu wajah Irina. Wajah yang dia teringin sangat melihatnya.
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...