"Mama..Papa..Adik..jangan tinggal kakak.."
"Rin. Irina, bangun."
Irina membuka matanya secara tiba-tiba.
"Rin, are you okey?"
Irina cuba menarik nafas dalam lalu dihembuskan. Dia bermimpi lagi. Dia toleh sebelah dan wajah Zarrif menyapa. Dia bangun dari pembaringan.
"Okey."
Irina melihat sekeliling. Dia ada di sebuah bilik. Eh, bilik?
"Aku kat mana ni?"
Irina pandang Zarrif.
"Kau kat rumah aku. Jangan risau, mom dan Miley kat bawah. Oh, Ayden pun ada kat sini."
Irina angguk. Lega. Tiba-tiba terasa sesuatu menyentuh dahinya. Zarrif meletakkan tangannya pada dahi Irina. Irina terkaku.
"Kau demam ni. Mungkin terkejut lagi."
Irina menepis tangan Zarrif perlahan.
"Oh hmm.""Kenapa kau berhenti tadi? Tau tak aku risau."
Irina pandang Zarrif semula. Dia bermain dengan jarinya. Bibir digigit.
"Jangan gigit bibir tu boleh tak."
Irina berhenti gigit bibir lalu dia kemam bibirnya. Zarrif senyum lucu.
"Cerita la. Aku sudi dengar. Luahkan. Kenapa kau takut?"
Zarrif usap perlahan kepala Irina. Irina menunduk.
"Dulu, aku ada terlibat dalam kemalangan. Mama, papa dan adik aku.."
Irina geleng. Matanya sudah bertakung.
"Aku je yang selamat. Papa suruh aku lari. Papa suruh aku pergi. Aku ikut. Tapi..tapi.."
Irina menggenggam erat selimut. Zarrif mengusap lembut tangan Irina.
"Kereta tu...meletup. Aku..aku tak sempat..hiks tak sempat nak selamatkan diorang. Aku nampak...lori tu pergi. Dia tak berhenti pun. Lori simen tu buat aku teringat..aku tak tau nak buat apa..bi..bila lori tu datang arah aku tadi."
Zarrif duduk di atas katil. Bahu Irina ditarik. Kepala Irina diletakkan di bahunya.
"Aku tinggalkan diorang. Kalau aku stay, mesti aku ikut diorang. Mesti aku tak payah hidup sorang-sorang. Mesti-"
"Mesti kau tak akan jumpa bahagia lepas tu."
Irina angkat muka pandang Zarrif. Zarrif turut memandang. Senyuman terukir.
"Kalau kau stay, kau takkan kenal nenek kau. Kalau kau stay, kau takkan dapat Ayden. Kalau kau stay, aku pun tak akan ada lagi kat sini."
"Tapi..aku tinggalkan diorang."
Bahu Irina dipegang. Mereka menghadap satu sama lain. Zarrif geleng.
"Kau salah. Your dad wants you to live. Your dad knows that you can live without them. He knows that you are a strong girl. He knew his daughter. That's why he wants you to keep living. To find your own happiness."
Irina tidak membalas. Hanya tangisan yang semakin lebat.
"So, don't blame yourself. Sebab bukan tu yang papa kau nak. Papa kau nak kau tahu yang dia buat semua tu sebab dia sayang kau. Dia nak kau terus hidup sebab dia sayang kau. Jangan hukum diri kau. Sebab itu pilihan papa kau."
Zarrif mengelap air mata Irina. Tangisannya makin reda.
"Kau perhatikan balik. Selama kau hidup. Peluang yang papa kau bagi untuk kau hidup. Kau dah tolong aku, kau selamatkan aku. Kau jumpa keluarga kau. Kau diberi Ayden, your son. Dan kau dah berjaya. Kau dah jumpa bahagia kau..kan?"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...