KOH-10

314 19 0
                                    

Irina duduk sedikit jauh daripada Zarrif. Zarrif pula hanya melihat ke hadapan. Sesekali, Irina mengerling Zarrif. Irina gigit bibir. Entah kenapa dia rasa kekok.

"Ali-"

"Zarrif. Panggil aku Zarrif."

Irina kemam bibir. Dahi ditepuk perlahan. Bengong, Irina.

"Em, sorry."

Irina bermain dengan jarinya. Dia dah tahu yang Zarrif kini tak boleh melihat. Irina teringat semula kejadian tadi. Apabila dia masuk ke dalam wad Zarrif.

"Ali?"

Jeritan Zarrif terhenti. Zarrif menoleh ke arah pintu. Irina kaget. Dia merenung Zarrif. Mata yang selama ini terpejam sudah terbuka. Badan yang selama ini kaku sudah bergerak.

"Kau. Suara tu. Kau yang selama ni ada dalam mimpi aku."

Irina terdiam. Mimpi? Jadi, selama ini aku bercakap dia memang dengar ke?

"Err.."
Irina tak tahu nak balas apa.

"Encik Zarrif."
Doktor itu pula bersuara. Zarrif hanya memasang telinga.

"Saya sebagai doktor encik akan melihat semula masalah yang dihadapi encik. Encik tidak buta sebelum inikan."

Zarrif geleng perlahan.

"Jadi, kemungkinan encik tidak dapat melihat disebabkan gegaran semasa encik kemalangan. Lagipun, mata encik langsung tidak memiliki apa-apa kecederaan. Jadi, kita akan buat beberapa ujian. Kemungkinan encik akan sembuh."

"Aku..kemalangan? Bila?"
Zarrif bertanya diri sendiri. Kepalanya sakit tiba-tiba.

"Jadi, saya akan beredar dulu. Jika perlukan apa-apa, encik minta pada penjaga yang selama ini menjaga encik. Saya akan beritahu tarikh dan masa ujian yang akan dijalankan. Saya minta diri dulu."

Zarrif diam. Doktor itu berhenti di hadapan Irina yang masih terkaku di hadapan pintu.

"Em, adik?"

"Ha apa?"
Irina terus melihat doktor itu. Mata dikedipkan beberapa kali.

"Nanti saya akan bagitahu tarikh untuk membuat ujian susulan."

"O..okey. Okey okey."

Irina angguk laju. Doktor dan dua orang jururawat itu terus berlalu pergi. Irina perlahan-lahan mendekati katil Zarrif.

Irina pejam mata seketika. Mata dibuka kembali. Zarrif dilihat. Keadaan sunyi antara mereka sejak 30 minit yang lalu. Tiada yang bersuara.

"Kau.."
"Kau.."

Mereka bersuara serentak. Irina kemam bibir. Zarrif usap leher.

"Kau cakap dulu."
"Kau cakap dulu."

Mereka bersuara serentak lagi. Keadaan lebih kekok.

"Okey. Hmm aku ada soalan. Banyak soalan," Zarrif berkata.

"Apa?"

"Kau ke..yang selama ni ada dengan aku?"

"Emm..boleh dikatakan macam tu la."

"Berapa lama aku tak sedar? Macam mana kau jumpa aku? Kenapa aku ada kat sini? Aku kemalangan? Apa-"

"Shuhhhhhh!!!!"

Irina guling mata ke atas. Banyak soalan betul. Tanya la satu-satu soalan.

"Satu satu soalan. Kau ingat aku robot ke nak hadam semua soalan satu masa?"

Key Of HappinessWhere stories live. Discover now