KOH-12

304 18 2
                                    

Zarrif bangun dari lenanya. Dia buka mata, masih tiada apa yang dapat dia lihat. Sekarang, dia terima hakikat bahawa dia telah tidak dapat melihat. Sama ada sekejap atau tidak, jika penglihatannya boleh disembuhkan, dia akan lakukan.

Dia cuba meraba katil di sebelah kanannya, namun tiada apa-apa di situ. Zarrif bangun dari baringan. Cuba mengesan apa-apa bunyi yang terhasil. Tapi dia tak dengar apa-apa. Masa sekarang pun dia tak tahu.

"Rin dah pergi ke?"

Zarrif menyoal diri sendiri. Tiba-tiba dia terasa ingin ke tandas. Selalunya ada Irina atau seorang jururawat lelaki yang membantunya. Kakinya pun masih tak kuat untuk berdiri sendiri kerana sudah lama dia tidak berjalan.

Dengan segala kudrat yang ada, Zarrif bangun. Kaki diturunkan dari katil. Kaki kanan cuba dipijakkan ke atas lantai diikuti kaki kiri. Katil dipegang erat. Badan cuba dibangunkan. Dia nak pergi ke tandas sendiri. Tak mungkin dia hanya mahu menunggu seseorang datang? Lagipun dia tahu arah ke tandas. Keluar pintu terus pusing kiri. Jalan sebanyak 25 langkah lepastu pusing kanan. Terus jalan 10 langkah pusing kiri, dah sampai.

Zarrif mula berdiri di atas kedua kakinya. Kaki kanan cuba digerakkan ke hadapan. Namun, Zarrif terjatuh kembali.

"Ark!"
Zarrif terjerit kecil. Punggung dipegang.

"Sakit..rosak la tulang punggung aku nanti."

Zarrif mencebik. Kaki dia masih lemah untuk berjalan. Tapi apa salahnya mencuba lagi.

Zarrif meraba sekeliling. Mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai tempat berpegang. Zarrif tersentuh meja. Terus meja itu dipegang erat. Zarrif pun cuba untuk bangun lagi sekali.

Kaki cuba dikuatkan. Dengan kaki yang masih terketar-ketar, Zarrif berdiri sambil memegang meja. Kaki kanan cuba melangkah lagi. Dan dia berjaya. Zarrif hembus nafas lega. Kaki kiri pula melangkah kecil.

"Erk!"
Zarrif jatuh sekali lagi. Zarrif pejamkan mata. Sakit punggung...

"Eh, Zarrif? Kau okey tak?"

Suara yang menegur itu membuatkan Zarrif menoleh. Suara Irina. Zarrif senyum kambing.

"Aku okey je la."

Irina mula berjalan ke arah Zarrif yang masih terduduk di atas lantai. Irina kerut dahi. Mata digosok. Terkejut dia dengar orang menjerit kecil. Terus Irina terjaga dari tidur. Irina lihat Zarrif pelik. Dia ni nak pergi mana? Buat apa atas lantai tu?

"Kau buat apa tu? Nak pergi mana-mana ke?" Irina menyoal.

"Aku..erm aku saja nak berlatih berjalan. Tiba-tiba jatuh pula."

Irina kecilkan mata.
"Tak payah tipu la. Kau nak pergi mana?"

"Ehe aku nak ke tandas."

Irina guling mata.
"Kan senang cakap dari tadi. Asal kau tak kejut aku je? Tengok, kan dah jatuh."

"Aku ingat kau tak ada."

Irina diam. Dia terlupa bahawa Zarrif tak dapat melihat. Irina tepuk dahi.

"Jap, aku panggilkan nurse."

Irina berlalu pergi meninggalkan Zarrif sendirian. Zarrif kaku di kedudukannya. Tidak bergerak langsung.

Beberapa minit kemudian, Irina kembali dengan seorang jururawat lelaki yang membawa kerusi roda. Mereka menghampiri Zarrif yang masih duduk di atas lantai.

"Al..eh silap lagi. Zarrif, nurse dah sampai."

Jururawat lelaki itu dan Irina membantu Zarrif untuk berdiri lalu duduk di atas kerusi roda. Zarrif hanya diam. Irina pelik kerana tiada balasan dari Zarrif.

Key Of HappinessWhere stories live. Discover now