Telefon yang berbunyi diangkat. Telefon diletakkan di antara telinga dan bahu. Tangan kembali sibuk bekerja membasuh pinggan.
"Helo?"
'Woi!'
"Apa woi? Kau siapa?!"
Tangan menyental kuat pinggan itu. Orang tengah sibuk ni nak call pulak. Duk woi woi pula tu.
'Aku Zya la bongok!'
Tangan terhenti kejap. Kemudian sambung balik.
"Oh. Nak apa?"
'Kau tengah buat apa?'
"Cuci pinggan."
'Kau kerja lagi?!'
"Habistu? Aku nak buat apa lagi?"
'Sekarang ni dah tengah malam, kau kerja lagi?!'
"Ha'ah."
Zya menggigit bibir. Eii geram betul dengar balasan selamba yang dibalas Irina. Buat sakit hati pula tengah malam ni.
'Habistu bila kau cuti? Aku nak lepak dengan kau pun susah sekarang. Dah lima hari kita cuti kot. Tinggal tiga hari je lagi nak cuti. '
"Aku makin sibuk la sekarang."
Aku sibuk jaga baby besar weh. Ayat ini diucapkan dalam hati.'Apa-apa la kau. Sibuk dengan kerja kau. Tak de life langsung. Kau makan ke belum ha?'
Dalam tak kesah, Zya peduli. Irina senyum sumbing.
"Dah."
'K lah. Kau sambung la kerja. Sorry kacau.'
"Kau memang pengacau."
'Okey fine! Bye!'
Tut! Tut!
Irina ketawa kecil. Tangan kanan dilap sebelum telefon diletakkan di dalam poket semula. Pinggan kembali dicuci. Tinggal sikit je lagi.
Habis mencuci semua pinggan. Irina duduk di atas kerusi. Lenguh tangan dan kaki dia. Teringat balik apa yang Zya cakap kat dia tadi.
"Cuti seminggu macam tak cukup je. Lagi tiga hari dah start sekolah."
Irina mendongak memandang langit. Tak ada bintang. Bulan sabit saja yang kelihatan. Tiba-tiba Irina teringatkan seseorang.
"Sekarang bukan waktu melawat, aku boleh pergi lagi ke?"
Irina bangun lalu badan diregangkan. Nafas ditarik dan dihembus.
"Kesah pula boleh pergi ke tak. Aku balik dan mandi dulu. Aku bawa homework sekali la. Tak la bosan sangat."
Irina berjumpa dengan bossnya. Meminta diri untuk pulang. Setelah diberi kebenaran, Irina pulang ke rumah. Lepastu nak jumpa Ali pula.
¶¶¶
Irina duduk di sebelah katil Zarrif. Walaupun hampir seminggu telah berlalu, tiada tanda-tanda Zarrif akan sedar. Irina ukir senyuman nipis.
"Hai,Ali."
Irina berbisik perlahan. Takut orang lain dalam wad itu terjaga pula. Zarrif pula sudah dipindahkan ke wad biasa setelah melepasi fasa berbahaya. Doktor tu pula kata dia boleh melawat Zarrif bila-bila masa je sebagai penjaga.
"Harini aku nak buat kerja sekolah. Alang-alang esok aku cuti, so aku boleh teman kau malam ni. Sekolah pun dah nak mula lagi tiga hari. Sekejap je cuti sekolah. Tak puas weh."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...