"Helloo!!! Rin!!"
"Hai..huh huh."
Irina membuka pintu dengan keadaan tercungap-cungap. Zya kerut dahi.
"Apahal kau berpeluh-peluh ni? Nampak penat. Kau buat apa?"
"Huh aku..huh..tak buat apa-apa pun."
Irina menyuruh Zya masuk ke dalam. Zya masuk dan menutup pintu. Irina mengerling Zya, tangan dilekap ke dada. Nasib sempat.
"Tak buat apa? Kau nak tipu pun agak-agak la,Rin."
Irina duduk di sofa. Penat masih terasa. Dia baru sampai rumah, tak sempat minum air Zya dah bagi sampai. Irina cuba mengatur nafas sebelum bercakap.
Selepas nafasnya kembali teratur, Irina memandang Zya. Muka serius ditayang.
"Aku joging."
Irina menyandar. Zya kerut dahi.
"Kau joging? Seriously joging?! Aku suruh kau bersiap, kau boleh joging pula?! What the fuuu..eh."
Zya berpeluk tubuh. Sempat pula kawan dia ni joging. Zya menjeling Irina yang senyum kambing itu.
"Kau joging kat mana ni ha?"
Zya menyoal.Irina garu kepala.
"Err dalam rumah."Zara memandang Irina tajam.
"Dalam rumah pun kau pakai topi?"Irina pegang kepala. Eh, ada topi la. Tak perasan pula bila dia pakai.
"Aku..aku keluar rumah tadi. Joging dalam rumah lepastu pergi luar, masuk rumah balik. Ha gitu. Aku tak nak muka aku ni hitam, aku pakai la topi."
Irina tayang senyum manis. Zya mengecilkan mata. Ragu-ragu hendak percaya atau tidak.
"Apa la kau ni tanya banyak soalan pula. Dah la, aku nak pergi mandi. Lagipun peluh dah kering ni. Kata nak keluar."
"Yelah. Pergi mandi, siap-siap cepat. Harap-harap ikan buntal tak merungut macam perempuan kejap lagi."
"Okey, sayang."
"Geli bodoh!"
Irina ketawa mengekek. Dia masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup. Tangan dilekapkan ke dada. Fuh, nasib baik tak kantoi. Kalau tak habis la dia dengan Zya nanti.
¶¶¶
Mereka bertiga berjalan beriringan di mall itu. Bukannya buat apa pun. Hanya sekadar berjalan, beritu berini saja. Tiba-tiba Irina menghentikan langkah. Kedua orang itu pun turut berhenti.
"Apahal kau?" soal Zya.
Irina cekak pinggang.
"Em kita datang sini nak jalan-jalan je ke? No other activities? Just walking and window shopping? Just that?"Zya dan Arwan berpandangan. Kemudian serentak mereka memandang Irina. Serentak juga mereka angkat bahu. Irina sudah guling mata. Serius la diorang dua ni.
"Buang masa ah datang sini. Lebih baik aku tidur kat rumah," balas Irina. Dia mula berpeluk tubuh.
"Ala, aku rancang nak keluar sekali ni pun tak disengajakan. Dah kau kata yang kau cuti, aku ajak keluar je la. Lagipun sekolah dah nak buka. No fun la tak ada buat something dengan kau cuti ni," ucap Zya.
"Oh, tu rupanya rancangan mak tiri Cinderella ni. Aku pun ingat kau ada rancangan best nak buat hari ni," Arwan bersuara. Dia berdecit perlahan.
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...