"Ini order-order yang baru."
Syana memberikan beberapa keping kertas kecil kepada Irina. Irina menyambut dengan senyuman. Satu persatu menu dibaca.
"Ramai lagi yang tak dapat makanan. Awak tolong handle pelanggan yang tak dapat lagi. Minta tolong Ardel dan Marina," arah Irina.
"Okey, boss."
Syana terus menjalankan tugasnya. Menu-menu yang lain dikepilkan di tempat yang disediakan bagi memudahkan untuk dibaca. Irina pandang Fendy yang sedang memasak. Senyuman nipis diberi.
"Kita tak boleh berhenti masak la ni. Saya harapkan awak okey?"
Fendy angkat muka seketika.
"Tak pa. Saya akan cuba buat dengan pantas. Don't worry,boss."Irina membuat jari berbentuk 'ok'. Memandangkan dua tukang masak tidak datang kerana urusan peribadi, segala proses memasak mengambil masa yang lama. Nasib dia ada untuk turut memasak.
Syana melihat sekeliling restoren. Hari ini ramai pula yang datang. Memandangkan hari ini hujung minggu, ketiadaan Clara dan Joe membuatkan proses memasak menjadi lambat. Tapi nasib baik semua pelanggan boleh bersabar.
Masih ramai yang tidak dapat makanan walaupun telah 40 minit berlalu. Dia rasa bersalah. Tapi dia tidak dapat buat apa. Dia tak mahir memasak. Hangus la nanti.
Pintu yang dibuka mengalihkan perhatian Syana. Senyuman segera diukir apabila pelanggan masuk ke dalam restoren. Segera Syana menjalankan tugas.
"Selamat datang."
"Couple seat."
"Follow me, miss."
Syana menunjukkan meja kepada pasangan itu. Agak sakit juga matanya melihat pakaian wanita itu. Seksi sangat, baju longgar tapi jarang. Pendek pula tu. Nampak paha dan lurah dada dia.
Syana menahan rasa hati. Pantang betul dia jumpa perempuan yang pakai baju macam tu. Lelaki tu boleh tahan la. Tak sepadan pula Syana tengok. Muka dua-dua tak ada perasaan. Habis dikutuk dua orang pelanggan tu dalam hati.
"Your seat, miss. Mr."
Senyuman tetap terukir. Meja hujung tepi tingkap menjadi pilihan. Mereka berdua duduk. Menu segera diambil dan diteliti.
"Hmm give me mushroom soup and watermelon juice. I tengah diet so, jangan letak perasa tambahan, okey? Sayang nak apa?"
Syana mencatat apa yang patut. Tak payah kot nak sebut tengah diet tu. Syana juling mata dalam diam.
"Spaghetti meatball, chicken chop and chocolate iced."
Lelaki itu memberitahu makanan yang diingini. Syana hanya mencatat.
"Eii, banyaknya you makan. Tak takut gemuk ke you ni," kata wanita itu.
"Perut I bukan perut you."
Syana senyum sumbing.
"Itu saja?"Lelaki itu mengangguk. Wanita tadi pula memasam muka dengan balasan jawapan lelaki itu tadi.
"Makanan akan dihidangkan kejap lagi. Tapi, kemungkinan akan lambat sebab dua tukang masak kami tak datang. Jadi, harap cik dan Encik bersabar."
"Okey, don't worry," balas lelaki itu.
Syana senyum dan berlalu pergi.
"Diorang tengah date ke? Macam tak je."Syana angkat bahu. Malas masuk campur. Menu tadi diserahkan kepada tukang masak seperti biasa.
Proses memasak cuba dipercepatkan. Irina dan Fendy cuba sedaya upaya memasak dengan pantas. Biarpun terkena percikan minyak panas. Biarpun jari luka terkena pisau. Biarpun tangan dan kaki lenguh. Mereka tetap cuba menyiapkan menu.
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...