"Dengarkan?"
Kyle pandang Zarrif. Zarrif menatap kertas yang telah dia tulis sesuatu itu tajam.
"First time diorang jumpa kat mana?"
Kyle cuba mengingati sesuatu.
"Irina pernah cerita. Puan Rosalia datang sini sendiri jumpa dia dengan Tuan Zayn. Dekat..."Dahinya berkerut-kerut cuba mengingati cerita itu.
"Dekat rumah Irina! Rumah lama dia!""Rumah Irina?"
Kyle angguk yakin. Zarrif usap dagu.
"Pukul 4. Jangan pecah rahsia. Buat surprise."
Zarrif ambil telefon dan taip sesuatu. Setelah jumpa dia tunjukkan pada Kyle.
"Call polis. Suruh diorang pergi location ni."
"Okey."
Kyle segera menghubungi balai polis. Zarrif mula merencana sesuatu. Pen diambil dan dia lakar sesuatu di atas kertas tadi.
"Kita ikut plan ni."
"Kenapa tak serbu terus?"
"Tak boleh. Diorang tahu gerak geri kita. Sama ada kita selamatkan dua-dua atau kita hilang dua-dua."
Kyle terdiam.
¶¶¶
Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pintu pagar yang terbuka itu. Irina melangkah keluar. Sebelum itu, dia sempat melihat jam di pergelangan tangan. Dia mula melangkah masuk ke dalam halaman rumah itu. Rumah yang dipenuhi memori lama.
Lalang yang panjang. Rumah seperti tidak berpenghuni. Salahnya juga kerana tinggalkan begitu saja. Tombol pintu dipegang lalu dipulas. Bunyi pintu bergema. Pandangan dia disajikan dengan perabot-perabot yang langsung tidak diusik. Sama seperti dulu. Hanya habuk yang semakin menebal.
Irina melangkah masuk ke dalam. Memori lama menerjah masuk. Di sinilah dia membesar. Di sinilah dia dan keluarganya tinggal. Dan di sinilah tempat berteduh dia setelah kehilangan keluarganya. Rumah yang penuh duka dan gembira.
"You come. So fast."
Irina alihkan muka ke arah tangga. Dia terkedu. Lelaki yang turun menggunakan tangga itu diperhatinya tidak percaya. Kenapa dia di sini?
"Why? Terkejut?"
Eriq ketawa sinis. Dia menuju ke arah sofa. Dia melabuhkan duduk. Berhabuk, tapi dia tak kesah. Seseorang pula turun lalu berdiri di belakang Eriq. Setia di situ. Mukanya tiada perasaan.
"No..."
Eriq ketawa kuat melihat wajah Irina yang tergamam. Terlakar riak terkejut di wajah Irina.
"Irina. Come sit."
"Wh..what..you? Why?"
Eriq memberikan isyarat pada Nowil yang berada di belakangnya. Nowil yang faham terus menuju ke arah Irina. Irina mengundur apabila Nowil semakin dekat. Nowil segera menggenggam lengan Irina lalu dipaksa duduk di hadapan tuannya itu.
"Irina. Irina Ferrish. Daughter of Aryan Ferrish."
"Apa uncle cuba buat?"
Irina pandang Eriq tajam. Atau lebih dia kenali sebagai uncle Eriq. Anak pertama granddaddy, iaitu adik kepada grandma.
"Kau tanya aku? Kau patut tanya ayah kau tu?!"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...