Ayden melihat Irina. Kedua belah pipi Irina dipegang supaya muka Irina menghadapnya.
"Mummy okey?"
Mata Ayden dibulatkan. Perkara itu membuatkan Irina tersenyum. Anak siapa ni comel sangat ni?
"I'm okey."
"Uncle tadi nak apa datang sini? Mummy kenal dia ke? Ayden tak suka dia."
Rambut Ayden diusap.
"Tak tahu la. Dia tiba-tiba je duduk sini. Tapi tak apa. Kita tak akan jumpa dah dengan dia.""Betul?"
"Yup."
Ayden senyum menampakkan gigi. Pipi kanan Irina dikucup sayang.
"Hey, done eating?"
Zarrif datang lalu melabuhkan duduk di tepi Irina. Sebelum itu, sempat dia menarik kepala Irina lalu menghadiahkan satu kucupan di pipi kiri Irina. Irina pantas menyentuh pipinya.
"Hei!"
Zarrif buat muka selamba. Irina sudah memerah muka.
"Daddy pergi mana? Tau tak tadi ada orang kacau mummy?"
Ayden memuncung bibir. Ayden diambil dari riba Irina lalu didudukkan di atas ribaan dia.
"Kacau mummy? Siapa yang kacau?"
"I don't know. Tiba-tiba je uncle tu datang."
"A man?"
Ayden angguk. Zarrif melihat Irina. Irina masih menyentuh pipinya. Siapa lelaki tu? Dia nak try Irina ke? Tak boleh tak boleh! Irina dia punya!
"Siapa lelaki tu? Kau kenal ke?"
Irina melihat Zarrif. Apabila teringat sebab dia tercekik tadi, terus Irina alihkan pandangan.
"Yes, aku kenal dia."
"Serious? Bukan aku suruh makan je ke? Kenapa cakap dengan orang lain?"
Zarrif bersuara tidak puas hati. Irina jeling Zarrif.
"Biar la. Aku bosan. So, aku cakap la dengan someone. Salah ke? Lagipun dia dah tolong aku. Ingat kau je ke boleh bercakap dengan orang lain?"
Irina berpeluk tubuh.
"Oh, dia tolong kau? Siapa dia? Setakat mana kau kenal dia?"
"Kenapa kau nak tahu pula?"
"Because you are my partner remember? You should be with me tonight. Not other men."
Irina julingkan mata. Habistu, kau sibuk berpeluk dengan perempuan lain tak apa pula?
"Kau boleh bermesra sakan dengan perempuan lain, aku tak boleh? Cakap je lebih aku ni partner dia la. Padahal dia yang tinggal aku."
Dua ayat terakhir itu diucapkan perlahan. Zarrif diam. Dia bermesra dengan perempuan? Bila? Apabila teringat sesuatu, Zarrif muka ketawa kecil.
"Kau marah ke?"
Irina pandang Zarrif.
"Nampak aku marah ke ni? Aku just cakap benda betul.""Just admit it, Irina. Are you jealous?"
"No! Kenapa aku nak jealous pula?"
Irina alihkan pandangan. Berbahang wajahnya.
"Lalala just tell me. You like me right?"
"Jangan nak perasan."
"Aku memang perasan yang kau suka aku. Mengaku je la."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...