KOH-21

280 13 0
                                    

"Rifrif!"

Irina terus masuk ke dalam wad Zarrif. Langkahnya terhenti sekejap apabila melihat Zarrif masih tidur. Irina senyum kecil.

Dia berjalan mendekati Zarrif. Rambut hitam Zarrif diusap perlahan. Tak mahu mengganggu lena Zarrif. Bekal makanan yang dibawanya diletakkan di atas meja tepi katil. Hari ini dia membawa sup ayam untuk Zarrif.

Irina kekal tersenyum. Dia melihat balutan pada mata Zarrif. Hari inilah harinya. Balutan pada mata Zarrif akan dibuka. Sekejap saja lagi. Dia pula yang rasa teruja dan tak sabar.

Irina pegang kepala.
"Apahal kepala aku ni? Sejak hari tu lagi. Ubat dah makan."

Irina memicit perlahan kepalanya. Sakit. Berdenyut. Dia rasa pening. Badannya terasa sejuk lagi. Dia tahu yang dia demam. Apa yang dia boleh buat cuma makan ubat. Tapi demamnya tak kebah sejak pembedahan Zarrif.

Tiba-tiba perut Irina sakit. Mukanya berkerut.
"Time ni la kau nak sakit perut?! Hish!"

Tak jadi dia nak tunggu sehingga Doktor Louis datang, dia perlu ke tandas. Dia berlari keluar dari wad Zarrif. Sampai di selekoh hendak ke tandas, dia terlanggar seseorang. Irina terjatuh. Cepat-cepat dia bangun.

"Maaf, maaf makcik. Saya betul-betul tak sengaja. Maaf."
Irina menunduk beberapa kali.

"No. No it's okey. I'm fine."

Wanita pertengahan umur itu terus pergi. Dia berjalan dalam keadaan tergesa-gesa. Seorang gadis mengekorinya dari belakang. Irina hanya melihat pemergian mereka. Dia angkat bahu lalu terus berlari menuju ke tandas.

¶¶¶

Zarrif bangun dari lenanya. Nak buka mata tak boleh. Dia bangun lalu regangkan badan dia. Seronok dapat tidur. Tiada bunyi yang dia dengar.

"Hari nikan? Balutan ni boleh buka?"
Zarrif menyoal sendiri.

Dalam fikiran juga tertanya-tanya. Irina di mana? Atau pun sekarang ni sebenarnya masih malam? Sebab itu Irina tak datang lagi.

Tak dapat dia fikirkan apa-apa, dia hanya bersandar pada kepala katil. Dia hanya mahu tunggu sehingga Irina datang. Atau sesiapa sahaja staf hospital yang menguruskan dia. Derap kaki yang laju menarik perhatian Zarrif. Tanpa sedar, kepalanya sudah tertoleh ke arah pintu. Sangkanya itu Irina.

Seorang wanita masuk ke dalam wad Zarrif dalam keadaan tergesa-gesa. Dia terhenti di hadapan pintu. Apabila dia melihat raut wajah Zarrif, dia pantas menekup mulut dengan tangan. Matanya berair lalu mengalir ke pipi dengan laju.

"Rin?"
Zarrif memanggil. Tapi tiada sahutan. Zarrif kerut dahi.

Terketar-ketar wanita itu berjalan menghampiri Zarrif. Mulutnya mengumam satu nama.

"Erm..Rin? Is that you? Err who are you?"
Zarrif soal lagi. Wajahnya berkerut.

Tanpa dapat ditahan, wanita itu terus memeluk Zarrif. Sedih melihat keadaan Zarrif. Dia kecewa dengan diri sendiri. Zarrif terkejut. Dia kaku. Bahunya terasa basah. Dia, tak tahu apa yang perlu dia buat.

Apabila teringatkan kejadian dulu, dia segera menolak tubuh yang memeluknya itu. Tapi, tak berjaya. Wanita itu memeluk Zarrif semakin erat.

"Dylan."

Zarrif kaku sekali lagi. Suara itu. Jantungnya berdegup laju. Mulutnya terketar-ketar ingin bersuara.

Key Of HappinessWhere stories live. Discover now