Wajah mereka dijauhkan. Ariel melepaskan pegangannya pada pinggang Irina. Irina terundur ke belakang dua tapak. Mulut ditekup dengan lengan. Walaupun bibir mereka tidak bersentuhan, dia rasa kekok. Matanya masih membulat. Tak percaya dengan apa yang dialaminya tadi.
Ariel memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Matanya melihat Zarrif yang hanya berdiri itu. Senyuman mengejek terukir. Dalam hati dah berdekah-dekah dia ketawa dengan reaksi Irina dan Zarrif. Seronok betul dia.
"She's my cousin."
Ariel bersuara.Pandangan Zarrif jatuh pada Ariel. Tangannya dikepal menjadi penumbuk. Dia berpaling melihat Irina yang masih terkaku. Muka Irina merah. Bila melihat wajah itu, dia rasa gembira dan sayu dalam satu masa. Finally, I met you.
Mata Zarrif dan Irina bertembung. Disebabkan kejadian mengejut tadi, dia tak dapat berfikir. Apa yang perlu dia buat? Dia kena lari ke? Kena sembunyi? Kenapa Ariel buat macam tu tadi? Apa motif dia? Kenapa aku jadi mangsa? Banyak persoalan timbul dalam fikiran Irina.
Irina ingin bersuara. Dia membuka mulut tapi tiada apa yang mampu dilepaskan. Tindakan mengejut Ariel itu masih diulang tayang dalam kepala dia. Mukanya semakin membahang. Mereka tidak pernah sedekat itu!
Kedua belah bahu Irina terasa dipegang. Badannya terpusing sedikit menghadap Zarrif. Lelaki itulah yang memegang bahunya. Serta merta tangan Irina dijatuhkan dari menutupi mulutnya. Mata mereka bertentangan. Lama.
"W..wh..what?"
Tergagap Irina bersuara. Gugup dan berdebar. Dalam kepala dia berfikir, dia tak kenal aku. Dia langsung tak pernah tengok muka aku. Dia takkan kenal aku. Pasti!
"Rin."
Irina terkedu seketika. Jantungnya mengepam darah dengan lebih laju. Dia kenal aku?
"Irina Ferrish, right? You're Irina. My Rin."
Mata mereka tak lepas dari memandang antara satu sama lain. Beberapa seketika kemudian, Irina menepis tangan Zarrif yang memegang bahunya sedikit kasar.
"No!"
Tegas Irina menafikan."Liar!"
Irina tersentak. Suara Zarrif kedengaran marah.
"No, I am not!"
Irina masih menafikan."Please, don't lie to me. Aku..aku cari kau selama ni."
Irina mengetap bibir.
"I don't know you, sir. I'm sorry, saya kena kembali bekerja."Irina berjalan ingin berlalu pergi. Atau lebih tepat larikan diri dari situ. Satu tangan menarik lengan Irina kuat sehingga membuatkan Irina terpusing. Kepala Irina tersembam di dada seseorang. Irina menjarakkan diri.
"Irina, please. Jangan lari lagi. Jangan tinggalkan aku lagi," Zarrif merayu dalam tak sedar.
Irina cuba melepaskan pegangan tangan Zarrif secara perlahan-lahan. Nasib baik kedudukan mereka yang berada di sebelah kaunter ini agak terlindung dari mata pelanggan yang lain. Tapi, ada juga beberapa pekerja dan pelanggan yang dapat melihat drama mereka.
"Saya-"
"Irina."
Panggilan itu membuatkan Irina menoleh. Apabila sedar akan tindakannya itu, Irina gigit bibir. Matanya tajam merenung Ariel yang memanggilnya. Dia tak boleh nak menipu lagi.
"Do you like the kiss just now?"
Ariel sengaja menyoal. Matanya terarah pada Zarrif.Dada Irina berombak laju. Baru je dia dapat lupakan kejadian tadi tapi Ariel kembali mengingatkan dia. Nafas ditarik sedalam mungkin lalu dilepaskan. Matanya memandang Zarrif.
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...