"Weh, tolong ambil Ayden dekat tadika. Aku tengah sibuk ni."
'Kau ada kat mana ni?'
"Kat restoren la. Fendy tak datang. Sebab tu aku tolong."
'Ha ye la. Nanti aku hantar Ayden dekat sana.'
"Okey. Thank you."
Panggilan dimatikan. Telefon disimpan di dalam poket seluar. Irina pergi ke dalam dapur semula dari bilik rehat. Apron masih tersarung di tubuhnya.
"Dah siap ke?" Irina menyoal.
"Belum, boss. Ada dua lagi hidangan," Clara membalas sambil tangan lincah memotong ubi kentang.
"Okey, saya ambik yang meja 3 punya."
Irina segera membaca hidangan yang telah tertulis itu dengan teliti. Setelah melihat, Irina segera mengambil bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan tersebut.
¶¶¶
"Mummy!"
Ayden berlari ke dalam pelukan Irina. Irina memeluk Ayden erat. Ciuman dilabuhkan di pipi Ayden.
"Hey,anak mummy dah balik. So, how?"
Mereka duduk di atas sofa di bilik rehat restoren itu. Selesai saja Irina menyiapkan pesanan, dia terus masuk ke dalam bilik rehat. Tahu yang Ariel sudah menghantar Ayden ke sini. Pekerja dia bagitahu tadi.
"Mummy..someone stole my pencil box."
Ayden mula bercerita.
"Siapa yang berani curi ni? Tell me."
Geram pula dia. Ada juga budak yang berani buli anak dia."A boy. Dia bawa nyorok pencil box Ayden kat bawah meja. Macam la Ayden tak nampak. Bila Ayden nampak, Ayden ambik la. Pastu Ayden buat dia macam mana mummy buat kat dad."
Irina kerut dahi.
"Ayden buat apa?""Ayden tarik rambut dia. Pastu Ayden kick kaki dia sampai dia jatuh. Pastu dia nangis. Pastu cikgu marah Ayden. Ayden cakap la dia curi pencil box Ayden. Ayden kata yang buat jahat dibalas jahat. Kan dah kena balas jahat. Lain kali jangan buat jahat."
Irina terdiam. Satu tepukan dari pintu menarik perhatian Irina. Ariel yang kemas berkemeja hijau berdiri di pintu.
"Bravo la Ayden. Ni baru la anak dad. Ayden kick kat mana? Belakang lutut eh?"
Ayden angguk laju. Ariel senyum senget.
"Give me five."
Mereka berdua mula berhigh-5. Irina geleng kepala.
"Ayden, lain kali jangan buat macam tu dah. Kesian dia."
"Ek eleh, kau buat kat aku tak apa. Salah kau la tunjuk depan dia. Kan Ayden kan?"
Ayden hanya sengih.
"Banyak la kau. Kau buat apa lagi kat sini? Tak reti pergi kerja?"
"Sorry, miss. Sekarang ni lunch. So, aku nak makan. Kau belanja eh?"
Irina mencebik.
"Ye la ye la. Kau keluar la. Nanti aku hantar. Ayden nak makan apa-apa tak?""No. Ayden nak dessert je. Nanti Ayden minta kat kak Syana."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...