Irina mengelap meja yang kotor itu dengan kain. Tapi, fikirannya melayang ke tempat lain.
'Apa dia tengah buat? Dia okey ke? Dia boleh ke bila sendiri? Siapa nak tolong dia kalau dia nak something? Macam mana keadaan dia?'
"Irina!"
Irina tersentak. Dia terus menoleh ke arah orang yang memanggil namanya. Aunty Mary membuat isyarat supaya Irina mendekati. Irina terus pergi ke arah Aunty Mary.
"Ya kenapa Aunty Mary?"
Aunty Mary senyum.
"Kamu berangan apa tadi? Aunty panggil banyak kali pun tak dengar."Irina garu kepala. Dia tersengih.
"Hehehe manada berangan pun, Aunty.""Ye la tu. Tengah fikir boypren ke?"
Tiba-tiba pipi Irina merona merah. Bo..bo..bobo..boyfriend? Zarrif? Irina geleng laju. Irina gelak kekok.
"Hahaha mana ada la Aunty Mary. Rin mana ada boyfriend. Rin tak suka la nak berboyfriend semua ni. Gelii."
"Hmm okey la, Rin. Nanti kamu kena kahwin dengan lelaki juga."
Aunty Mary mengusik. Irina usap lengan. Zarrif. Nama itu terlintas lagi di fikirannya. Irina mengutuk diri sendiri dalam hati.
"Ha, aunty panggil tadi kenapa?"
Irina cuba ubah topik. Nak cakap hal boyfriend ni sampai bila?
"Ha! Aunty Mary hampir lupa. Aunty nak balik kampung. Anak aunty kemalangan. Risau aunty nak tinggal dia sorang-sorang di kampung. Lagipun dia tinggal dengan anak kecil dia."
"Kemalangan? Faerul ke, aunty?"
Irina terkejut. Aunty Mary selalu juga cerita perihal anak-anaknya. Aunty Mary ada enam orang anak. Anak keempat dah meninggal. Yang Faerul tu pula anak kelima. Ayah tunggal dengan seorang anak. Yang Irina tahu, Faerul kini tinggal di kampung Aunty Mary.
"Ha, dia la. Boleh pula dia jatuh parit tepi paya tu. Patah kaki. Kesian pula aunty nak tinggal. Lagipun aunty memang dah lama tak balik kampung."
Irina terangguk-angguk.
"Ohhh. Jadi, lama juga la Aunty Mary tak buka kedai? Rin pun tak payah datang kerja la?""Hmm nampaknya macam tu la, Rin. Rin pun baru habis sekolahkan. Rehat la. Dari dulu kamu asyik kerja je."
"Eh tak ada apa la. Rin dah biasa."
Irina senyum nipis."Kalau Aunty Mary dah balik sini, aunty hantar mesej dekat Rin. Itu pun tak tahu bila lagi. Boleh jadi dua ke tiga bulan baru kaki Faerul nak sembuh. Aunty nak jaga dia sampai dia sihat balik."
Irina hanya angguk. Rasa hati disimpan.
"Bila Aunty Mary pergi?""Esok aunty dah nak balik. Jadi, kamu tak payah datang la esok ye? Yang lain pun dah tahu. Ni pun, aunty nak bagi gaji kamu."
"Ohhh okey. Terima kasih, Aunty Mary. Kalau aunty tak ada, kat mana la saya boleh dapat kerja sebab bawah umur."
Aunty Mary senyum. Tangan naik mengusap kepala Irina.
"Kamu jaga diri eh masa aunty tak ada. Aunty dah anggap kamu macam anak aunty dah. Tak sanggup nak tinggal kamu."
"Rin pandai jaga diri la, Aunty Mary. Aunty Mary tak payah risau la. Rin pun dah anggap aunty ibu Rin sendiri. Aunty Mary pun dah banyak tolong Rin. Ajar Rin macam-macam. Terima kasih, Aunty Mary."
Irina memeluk Aunty Mary. Aunty Mary membalas pelukan. Belakang badan Irina diusap. Entah kenapa Irina rasakan yang dia tidak akan bertemu lagi dengan Aunty Mary. Pelukan dileraikan.
"Rin balik dulu la, Aunty Mary. Lagipun dah malam ni. Terima kasih untuk segala-galanya. Rin minta diri dulu. Aunty pun kena jaga diri selalu."
Irina menyalami tangan Aunty Mary
Mereka berlaga pipi. Aunty Mary senyum saja. Irina membalas senyuman. Beg sandang diambil. Semua pekerja di kedai Aunty Mary disapa sebelum dia pulang ke rumah. Dia dapat rasa itu kali terakhir dia jejakkan kaki ke situ. Irina sebak. Dia rasakan kehilangan lagi. Hilang seseorang yang dia dah anggap keluarga.¶¶¶
Pintu wad itu dibuka perlahan-lahan. Tak nak mengganggu orang yang berada di dalam. Sekujur tubuh yang sedang terbaring itu Irina lihat. Tangan dilekapkan ke dada.
"Nasib baik dia tidur dah."
Irina bisik perlahan.Langkah diatur ke arah kerusi. Wad yang boleh menempatkan tiga orang itu masih tiada penghuni baru selain Zarrif. Irina meletakkan beg sandangnya di bawah katil. Badan disandarkan pada kerusi. Anak patung beruang yang memang dia tinggalkan di situ diambil lalu dipeluk.
"Hmm..kurang la satu kerja aku. Aku nak cari kerja kat mana lagi? Mesti senang dapat kerja lepas ni. Sebab aku dah habis SPM walaupun tak cukup umur lagi. Pasti, senang je nak cari kerja baru. Kerja basuh pinggan tu pun mana cukup."
Irina melepaskan keluhan kecil. Kata-kata yang diutarakan untuk dirinya tadi dihadam semula. Senang ke nak cari kerja baru? Irina pejam mata. Semakin kuat pelukan pada anak patung itu.
"Mama, papa, adik..apa kakak nak buat lepas ni? Life kakak memang akan terus macam ni ke? Hidup untuk kerja. Tak ada peningkatan atau pengurangan. Hmm. Korang semua tinggalkan kakak cepat sangat la. Macam mana kakak nak survive sorang-sorang ni?"
Mata Irina masih terpejam. Kepalanya dijatuhkan ke atas katil.
"Duit pun dah habis guna. Kena cari kerja baru. Bil itu ini. Lebih baik kau stay kat hospital je la, Rin. Tak payah bayar bil air dan elektrik rumah. Jimat duit kau. Teman si Ali ni je. Hmm."
Irina tergelak kecil. Dia sudah semakin mengantuk. Matanya terpejam rapat. Tapi mulut masih ingin bersuara.
"Irina Ferrish, dia bukan Ali lagi. Dia Zarrif. Aku dah cerita semua pasal aku kat dia. Tapi dia tak cerita lagi pasal diri dia kat aku. Cis, ini tidak adil wahai Rifrif. Esok aku tuntut."
Irina mula dibuai mimpi. Tak tahan la rasa kantuknya. Irina terus tertidur sambil memeluk anak patung itu. Tiada lagi gumaman suara Irina.
Zarrif membuka matanya. Tangan kanan yang tersentuh sesuatu itu diangkat. Fikirnya itu mungkin kepala Irina. Terus Zarrif menoleh ke kanan. Arah di mana Irina tidur. Tangan yang diangkat tadi diletakkan di atas kepala Irina.
"Rin."
Zarrif pejamkan mata semula.
"Terima kasih....sebab dah tolong aku.
Terima kasih....sebab dah jaga aku.
Terima kasih....sebab tunggu aku sedar."Mata dibuka semula.
"I want to see you, Rin. How's my saviour face? How's your smile? How's your reaction when you're angry? How's your eyes when you look at me?"Zarrif geleng perlahan. Tawa kecil terlepas. Sejak bila dia jadi seseorang yang macam ni? Tak pernah-pernah dia buat ayat macam tu. Mata dipejam kembali.
"Good night, Rin."
_________________TBC_________________
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...