Pintu kereta dibuka. Dia keluar dari kereta. Langkah diatur menuju ke tadika itu. Beberapa minit kemudian, kelihatan ramai kanak-kanak berpusu-pusu keluar. Mereka semua mendapatkan ibu bapa masing-masing.
"Mummy!"
Irina senyum lebar. Ayden masuk ke dalam pelukannya.
"Macam mana hari ni?"
Irina mengusap rambut Ayden."Hari ni ada teacher baru. Cantikkkk!"
Irina muncung mulut.
"Dia cantik dari mummy ke?"Ayden geleng laju.
"Tak tak! Mummy cantik lagi. Because you are my angel!"Ayden memeluk leher Irina erat. Irina ketawa gembira.
"Okey, I trust you my prince."
"Mummy mummy. Dad tak balik lagi ke? Ayden rindu dad. Dad dah lama tak ambik Ayden balik tadika."
Irina senyum saja.
"Nanti dia balik. Ayden jangan risau. Mesti dad pun rindu Ayden. Kita tunggu dia eh. Dad tengah work."Ayden angguk pasrah.
"How about daddy ambil Ayden balik?"
Irina menoleh. Ayden angkat muka lantas senyuman lebar terhias. Dia berlari mendapatkan orang itu.
"Daddy!!!"
Zarrif mendukung Ayden lalu dipusing-pusingkan. Ayden ketawa mengekek. Irina bangun dari melutut.
"What are you doing here, Mr Harrien?"
"To spend my time with you, Mrs Harrien."
Irina gigit bibir. Dia berdecit.
"Ayden, let's go eat somewhere."
"Mummy tak pergi restaurant ke?"
"Mummy pergi malam kejap lagi."
"Jom, naik kereta aku."
Zarrif mengajak."Tak apa la encik. Saya cadang nak makan kedai depan tu je. Murah pun murah."
"Sampai hati tolak perlawaan aku."
Irina jelir lidah. Ayden diambil dari dukungan Zarrif.
"Let's go handsome."
Zarrif garu kepala. Dia mengikut Irina dari belakang. Langkah dilajukan untuk menyaingi Irina. Bahu Irina dipeluk dari tepi.
"Berat la bahu aku."
"Whatever."
~
"Jom aku hantar kau balik."
"Tak perlu. Kereta aku ada. Kau balik je la."
"Irina, tolong dengar cakap aku ni."
"Tak apa la. Aku boleh balik sendiri."
Irina memegang tangan Ayden. Dia melangkah keluar dari gerai itu. Zarrif longgarkan tali leher. Dia pergi ke kaunter untuk membayar makanan yang mereka makan tadi.
"Ayden nak apa-apa lagi tak?"
Ayden geleng.
"I'm sleepy.""Okey, kita balik terus."
Ayden segera didukung apabila Irina melihat mata Ayden sudah kuyu. Lampu isyarat diperhati. Setelah pasti bertukar merah, Irina melangkah. Kereta pun tak ada lalu lalang.
Tiba-tiba ada sebuah motor laju menuju ke arahnya. Irina tersentak hebat apabila motor itu laju berlalu betul-betul dihadapannya. Irina terhenti di tengah jalan. Motor yang semakin jauh itu dilihat dengan perasaan geram. Teringat dia akan kejadian ragut dulu. Nasib dia tak bawa apa-apa.
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...