Nafasnya tercungap-cungap. Sesekali dia menoleh ke belakang. Lorong itu bertambah gelap kerana awan hitam yang sudah berarak sejak tadi menurunkan hujan lebat. Hujan turun di siang hari. Badannya basah kuyup. Bahunya digenggam erat.
"Cari dia kat sana!! Cepat!!"
Dia menghayunkan langkah dengan segala kudrat. Dia penat. Dia nak rehat. Tapi dia kena selamatkan diri dulu.
"Hah hah."
Dia tak tahu dia ada di mana. Derap kaki semakin mendekat ke arahnya. Sekeliling dilihat. Dia perlukan tempat untuk bersembunyi. Tong sampah besar menjadi pilihan. Dia melompat masuk ke dalam lalu penutup ditutup semula.
Tak kesah dengan bau busuk dari banyak sampah. Tak kesah badannya akan berbau busuk. Tak kesah dengan serangga yang mula merayap di tubuhnya. Dia cuba bertahan. Derap kaki semakin mendekat.
"Bodoh! Cari dia cepat la!! Kau nak kita mati ke?!"
"Dia dah kena tembak. Dia tak akan boleh lari jauh!"
"Cari cepat sebelum Tuan sedar! Kalau Tuan tahu, mampus kita semua!"
Lelaki-lelaki itu mula berpecah. Berlari mencari orang yang dikehendaki. Dia bernafas lagi. Rasa nak muntah bila bauan di dalam tong sampah ini menusuk hidung. Dia pejam mata, cuba bertahan.
Setelah beberapa minit, setelah dah pasti tiada derap tapak kaki dan seseorang di luar, penutup tong sampah dibuka. Sekeliling dilihat. Tiada orang. Dia melepaskan nafas lega.
Badan cuba dikeluarkan dari tong sampah itu. Terus dia rebah di atas tanah. Dia dah tak larat. Betul-betul tak larat. Diri cuba digagahkan untuk berjalan. Dia perlu hubungi seseorang sekarang juga.
"To..long."
Suaranya perlahan. Dia sangat berharap ada orang boleh nampak dia dan tolong. Dalam hati dia mengejek diri sendiri, siapa la yang tinggal kat lorong gelap ni? Kaki melangkah. Akhirnya dia tiba di satu bangunan kecil. Atau lebih tepat rumah kecil? Ada cahaya. Papan tanda turut ada.
"Rumah Sihat?"
Dia kerut dahi. Dia pelik. Tempat apa tu? Tapi dia tak ada pilihan lain. Dia menapak mendekati rumah kayu yang kecil itu. Rumahnya seperti gaya jepun dulu. Pintu ditolak lalu dia masuk ke dalam. Tiada siapa. Tapi lampu terpasang terang.
Dia menuju ke arah kaunter. Ada seseorang di situ. Seorang wanita berpakaian jururawat tertidur. Ini klinik ke?
Dia hapuskan segala persoalan. Sesuatu dicari. Dia bernafas lega apabila benda itu berada di hujung kaunter. Gagang diambil dan nombor seseorang didail.
'Ermm hello?'
Suara dari sana yang mamai. Dia senyum lega. Senyuman yang lemah. Ahh boleh pula orang tu tidur siang padahal dia tengah bertarung nyawa kat sini?
"Kyle."
'Erm siapa ni?'
"I'm..your boss...idiot."
Kyle terus terbangun. Mata digosok. Eh, dia tertidur di office?! Skrin telefon dilihat. Nombor tak dikenali.
'Boss? Tuan Zayn?!'
"Hah..ingatkan dah..lupa diri."
Ariel bersuara perlahan. Dia ketawa lemah. Pembantu dia ni memang boleh buat dia gelak.
'Tuan Zayn! Tuan ada kat mana? Apa jadi pada tuan?!'
"Relax. Shut..up and just..listen to me."
Sisi kaunter dipegang apabila Ariel seakan mahu rebah. Ariel kuatkan diri.
"Watch Ayden. They..want him."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...