🃏 •Prolog•

112K 5.5K 224
                                    

     KTM yang bergerak laju menyebabkan Raissa Nurrana menggenggam erat tiang di sebelahnya. Walaupun dia duduk tetapi pergerakkan laju rail ini pasti akan membuatkannya bagai ditarik di sebelah. Sudahlah tu yang duduk di sebelahnya ini lelaki. Adoilah.

Matanya menangkap susuk seorang lelaki yang baru sahaja melabuhkan punggung di bahagian penumpang bertentangan dengannya. Terus berdebar dada melihat lelaki tersebut.

Lelaki itu hanya memakai sweater biru black, seluar jeans warna senada dengan sweater. Sneakers warna hitam berjenama Nike cantik tersarung di kaki dan cap hitam dengan logo unik yang tidak pernah dia lihat. Zaman sekarang. Jenama baru mungkin.

Tangan Raissa perlahan-lahan naik memegang dada. Masih rasa debarnya mengalahkan dia yang baru lepas bermarathon. Mata masih tertancap pada lelaki itu.

Siapa dia?

Hati wanita Raissa tertanya-tanya melihat wajah yang tersembunyi di sebalik mask itu. Macam kenal...

Lelaki itu terus mengenakan headphone. Matanya memandang skrin telefonnya sebelum telefon hitam nipis itu diletakkan kembali ke dalam poket sweater. Tangan lelaki itu naik. Terasa lembut pergerakkan tangannya naik memegang headphone di telinga kirinya sebelum mask yang menutup separuh wajahnya ditarik ke bawah. Menampakkan wajah yang terlalu ingin Raissa ketahui. Lelaki itu tersenyum tenang dengan mata yang terpejam ringan.

Raissa Nurrana terkaku di tempatnya. Dia kenal pergerakkan seperti itu. Senyum itu. Semuanya. Bagai tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan mata. Nafas terhenti seketika. Fikirannya terus melayang.

"Kau hafal dulu apa yang patut. Aku bagi masa sepuluh minit. Nanti aku nak uji ketahanan kepala otak kau tu." tenang sahaja Daiyan Ghazi bertutur. Baju sekolahnya sudahpun dikeluarkan dari seluar. Nanti habis rehat dia masukkanlah semula. Apa susah ann?

Raissa mencebik mendengarnya. Ceh sombong! Mentang-mentang bijak.

Raissa Nurrana kembali memandang buku rujukan biologi di tangan. Fokus mata memandang buku di tangan.

Raissa Nurrana kembali memandang lelaki itu apabila lelaki itu bergerak. Daiyan Ghazi memakai headphone yang tergantung di leher. Tangan menekan skrin telefonnya. Mencari playlist kegemaran. Setelah itu telefon kembali di simpan ke dalam kocek. Tangannya naik melekap di headphone di telinga kirinya. Mata dipejam. Bibir automatik melakar senyum nipis mendengar alunan piano yang benar-benar indah itu.

Raissa Nurrana tergamam melihat bibir yang agak merah itu tersenyum. Manis. Sangat indah. Jarang sekali dia dapat lihat senyum indah itu. Sebab itu, setiap kali lelaki itu tersenyum pasti dia terpegun. Lelaki itu punya senyuman yang sangat indah. Senyuman yang tidak ada pada lelaki lain. Istimewa. Arghh gila kau Raissa!

"I am counting Raissa. Stop staring me. Two minutes had passed." terus Raissa pandang kembali buku rujukan di tangan. Aduh malunya kantoi dok tenung muka anak orang. Tapi macam mana dia tahu aku pandang dia sedangkan dia sedang menutup mata. Okay yang ni seram sikit. Dia ada saka mungkin. Raissa menggeleng kepala sebelum kembali meng'khusyuk'kan diri. Buku ditangan di baca.

Fuh! Dada berdebar habis...

Daiyan Ghazi menjeling gadis itu dari ekor mata. Bibirnya terjongket melihat wajah kemerahan Raissa. Tahan lucu baik-baik.

Raissa... Raissa...

Raissa Nurrana tersedar dari lamunan apabila ramai penumpang LRT berpusu-pusu ke arah pintu keluar. Raissa cemas. Mata memandang sekeliling. Mencari lelaki tadi. Tiada jejak lelaki itu di mana-mana. Pasti lelaki itu sudah keluar.

Raissa mengeluh kecewa. Siapa lelaki itu? Kenapa dia rasa macam ni? Diakah...

Daiyan Ghazi!

Do votes 🌟 for support and comment 📝 ya guys.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now