🃏 •BAB 3•

72.1K 4.9K 489
                                    

RAISSA NURRANA melangkah longlai menuruni anak tangga. Hari ini hari Khamis. Hari yang sangat penting. Raissa Nurrana asyik memikirkan. Bisakah dia berlari lagi.

"Wah. Anak Tuan Hambali pakai baju atlet Laksamana. Nak berlari ke hari ni?" Adeera menghalang laluan Raissa. Sinis suaranya. Raissa mengeluh. Sehari tak cari pasal tak sah agaknya.

"Kau nak apa?"

Adeera tersenyum misteri mendengar suara malas Raissa.

"Tak ada apa. Well, let just say... Good luck!" Adeera pantas menaiki anak tangga sambil bersiul gembira. Entah apa agaknya yang ada dalam fikiran dia tu.

Raissa menggeleng sebelum melangkah mendekati meja makan.

"Raissa ada ambil bahagian ke hari ni?" mak Ani terus mengambil pinggan dan mencedok nasi goreng yang masih berasap panas itu. Raissa tersenyum sebelum mengangguk.

"Abah mana mak?" Raissa memang sudah biasa menggelarkan orang gaji di rumahnya itu sebagai mak. Sejak dari kecil, mak Ani ada sentiasa. Menjaga keperluan makan, minum dan segalanya. Rasa bagai ibu tirinya itu tiada guna pun di rumah agam Tuan Hambali ni.

"Tuan belum turun. Ada kat atas lagi."

Raissa asyik menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Sedap. Tak pernah berubah rasa nasi goreng mak Ani. Sarapan kegemarannya.

"You ni. Takkanlah i nak pergi Singapore lagi. Dah banyak kali lah i pergi. Dah bosan dah. I nak lah jugak pergi Paris ke. London pun boleh jugak."

Bala nombor satu. Kalau anaknya tadi bala nombor dua. Tapi yang ini bala paling champion.

Baik aku blah.

Raissa cepat-cepat habiskan nasi goreng yang tersisa apabila mendengar suara itu. Air teh disisip sedikit.

"Raissa pergi dulu mak!" di cium tangan mak Ani sebelum kakinya berlari-lari anak menuju pintu utama. Kakinya terhenti apabila kereta driver ayahnya sudah menghilang. Cis! Kurang zat punya Adeera!

"Raissa! Raissa!" Tuan Hambali memanggil nama anak daranya yang sudah hilang di sebalik pintu kayu besar itu. Tuan Hambali menggeleng kepala. Bertuah punya anak! Nak cepat sangat lah tu.

"Tengoklah anak kesayangan you tu. Bukannya reti nak salam kita. Ke mana agaknya adab dia tu." terjuih-juih mulut Mona mengutuk anak tirinya itu.

Tuan Hambali geleng kepala. Malas hendak melayan kerenah isterinya yang mengalahkan anak kandungnya, Raissa sendiri.

"Cuba awak bela dia elok-elok dari kecil. Mesti dia tahu macam mana caranya nak beradab dengan awak." bidas Tuan Hambali sambil tahan senyum lucu melihat muka Mona yang serta merta berubah. Deep lerr tu!

"Eh. You nak pergi mana tu?"

"Pergi dapurlah. Nak breakfast. Dah tu nak pergi mana lagi." Sindir Tuan Hambali lagi.

Mencebik Mona mendengar sindiran suaminya. Menyampah!







TERNGANGA Raissa dan Sofea melihat nama atlet yang tertera di atas kertas senarai nama acara olahraga hari ini.

"Raja Daiyan Ghazi Raja Eiskandar Ghazi?" Raissa tercengang sendiri membaca nama itu.

"Raja?!" Sofea terus memanjangkan leher. Memandang kertas itu bersama.

"Serius ahh!" Sofea tak percaya yang lelaki itu rupanya keluarga Raja. Raja bukan sekadar Raja. Anak Raja Eiskandar Ghazi tu! Pengasas Ghazi Group.

"100 meter. 400 meter. 4×200 meter. 4×400 meter. 1500 meter! Bapak dia. Boleh ke mamat ni ambil acara banyak-banyak macam ni? Tak tanggal ke kaki dia?!" Tanya Sofea.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now