🃏 •BAB 44•

92.5K 4.9K 518
                                    

DAIYAN GHAZI sedang seronok memasak di dapur. Sudah empat hari tak hadap office rasa seronok pula duduk di rumah. Tapi tengoklah esok nanti. Tak lama mesti menepu juga.

Daiyan Ghazi pusingkan tubuh. Mahu mencapai lobak dan sayur di atas island table.

"Allahuakhbar!" Terkejut beruk dia melihat wajah polos Raissa Nurrana di belakangnya. Terus tangan naik urut dada.

"Terkejut aku. Pukul karang." Ujar Daiyan Ghazi selamba sebelum mencapai sayur yang sudah dipotong ke atas meja. Terdiam dia melihat Raissa yang mengundur sedikit darinya.

Takut?

Daiyan Ghazi senyum. Sebelah tangannya merangkul pinggang Raissa sebelum wajahnya ditundukkan.

Cup!!!

Daiyan Ghazi senyum nakal sesaat sebelum kembali memasak sayur. Well. She's a distractor. Very distracting me. Karang tak jadi masak kang.

Raissa terkelu. Jari naik menyentuh lembut bibir yang ditindih Daiyan Ghazi tadi. Sesaat namun cukup buat Raissa rasa nak kena heart attack tadi. Fuh!

"Sayang, come." Semakin memerah pipinya apabila Daiyan Ghazi memanggilnya seperti itu.

Rasa macam nak demam semulalah macam ni!

Perlahan-lahan Raissa mendekati Daiyan Ghazi yang sedang menyudu kuah tiga rasa itu.

Daiyan Ghazi meniup sedikit kuah itu sebelum disuakan ke bibir Raissa.

"Rasalah."

Raissa merasa sedikit kuah itu. Ummm sedap!

Raissa senyum suka sebelum menepuk tangannya. Ibu jari ditayang.

Daiyan Ghazi senyum sahaja melihatnya. Sekurang-kurangnya, Raissa sudah 'sihat' sedikit berbanding sebelum ini.

"Kuah dah siap. Aku nak goreng ikan pula." Beritahu Daiyan Ghazi. Seekor ikan siakap bersaiz agak besar diambil dari bekas di sebelah sinki. Sudahpun dibersihkan dan tinggal goreng sahaja.

Terasa ada tangan bergerak di belakangnya. Terus Daiyan memusingkan kepala sedikit. Tersenyum dia melihat Raissa Nurrana yang sedang mengikat tali apron di belakangnya. Selalunya dia memang biar je apron dipakai tidak terikat. Sebab bila dia ikat nampak macam geli je. Dahlah apron ni agak kecil. Bunga-bunga warna pink pula tu.

Raissa senyum melihat hasil tangannya. Ikatan rebennya tak jadi sangat sebab talinya jadi pendek. Tapi comel apa.









"MAKANLAH. Aku harap kau suka." Raissa terkebil-kebil memandang Daiyan Ghazi di sebelahnya.

Err.

"Kenapa? Tak sedap ke?" Tanya Daiyan Ghazi.

Raissa terus menggeleng kepala. Dia menelan liur sedikit.

"Awak..."

Daiyan Ghazi yang sedang menuang air terus memandang Raissa apabila mendengar suara itu. Serak dan perlahan. Dia berdua je dengan Raissa sekarang ni. Tak suara dia mesti suara Raissa.

"Awak tak... makan?" Tanya Raissa perlahan.

Daiyan Ghazi senyum mendengarnya. Alhamdulillah.

"Tak, sayang. Tengok kau makan pun aku dah kenyang." Daiyan Ghazi menongkat dagu memandang Raissa.

"Janganlah macam tu. Ikan ni besar. Saya tak habis nanti. Kita kongsi eh?"

Daiyan Ghazi senyum sebelum mengangguk perlahan. Suka hati awaklah isteri saya. Janji awak bahagia.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now