🃏 •BAB 70•

90.4K 4.5K 402
                                    

RAISSA hanya memerhati Raja Daiyan Ghazi, Tuan Hambali dan Haidil berbual dengan dua orang inspektor muda yang membantunya tempoh hari. Perbualan mereka macam serius sahaja. Lebih-lebih lagi apabila Daiyan Ghazi meraup wajahnya.

Kasihan Daiyan Ghazi kerana terpaksa masuk campur dalam masalah keluarganya.

Hmm.

"Hei bakal umi!"

Raissa terkejut bila ada tangan menepuk belakang bahunya.

Sofea!

Hish budak ni...

"Hmm. Waalaikumsalam."

Sofea terus pegang dada apabila mendengar Raissa tiba-tiba jawab salam. Tak lain tak bukan, mesti perli dia ni.

"Yalah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ya Raissa Nurrana." Sofea memberi salam. Penuh dengan dengung dan tajwid sekali.

Haa ambil kau!

Pecah tawa Raissa Nurrana mendengarnya.

"Waalaikumsalam." Jawab Raissa. Ini baru betul.

"Kau bila sampai ni? Aku tak perasan pun." Tanya Raissa.

"Mana nak perasan kalau kau dah fokus jadi stalker berjaya mengendap suami sendiri macam ni. Ceh. Orang lain pun ada suami tau." Bebel Sofea. Bibir mencebik melihat gaya Raissa yang persis anak teruna mengendap si dara.

Haa gitu.

"Mana ada. Aku nak tahu apa yang polis tu cakap dengan papa dan Daiyan. Musykil aku."

"Lelaki-lelaki tu polis ke? Hmm patutlah." Gumam Sofea yang sama-sama menyertai Raissa mengintai ke arah lelaki-lelaki itu.

"Patutlah? Kenapa?" Tanya Raissa. Polos.

"Patutlah handsome. Sado pula tu. Kau rasa dia orang single lagi tak? Kalau single aku nak try sorang. Yang pakai jaket jean tu." Sofea sengih nakal. Jari telunjuknya gatal menunjuk ke arah lelaki yang santai dengan jaket jean di tubuh.

"Gediknya! Habis tu Ilham nak campak mana?" Tanya Raissa lagi.

"Tu. Dalam longkang." Ujar Sofea. Sempat bibirnya dijuihkan ke arah longkang di hadapan mereka.

Raissa ketawa mendengarnya. Ceh!

"Ehem! Buat apa ni?"

Raissa dan Sofea terus tegakkan tubuh mendengar suara Areeda. Automatik muka tak bersalah ditayang. Kalau tak kantoi lah nanti mengintai orang.

Sofea sengih melihat Ilham yang tajam merenungnya. Alamak. Dia dengar ke?

"Kakak buat apa kat sini?" Tanya Raissa.

Areeda menggeleng kepala. Perlahan-lahan dia bongkokkan tubuh. Melihat perut Raissa yang sudah menunjukkan kewujudan satu nyawa di dalamnya.

"Sejak mengandung, umi awak ni sibuk je nak berjalan ke sana sini. Degil betul umi ni." Kutuk Areeda.

Raissa ketawa kecil mendengarnya.

Kelakar.

"Ramai-ramai kat sini buat apa? Ada mesyuarat apa?"

Raissa terkejut apabila tiba-tiba Tuan Hambali, Daiyan Ghazi, Haidil dan dua orang inspektor muda tadi tiba-tiba muncul di belakangnya.

"Eh papa. Tak ada apa-apa." Raissa senyum manis.

"Rana..." Meleret Daiyan Ghazi menyeru namanya. Tajam mata gelap Daiyan memandang wajah comel isterinya.

Raissa senyum. Sebenarnya Daiyan Ghazi suruh dia duduk dengan ibu di ruang tamu tadi. Tapi dia menggatal nak bergerak juga.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now