🃏 •BAB 29•

78.3K 4.5K 321
                                    

DISEBABKAN kejadian kelmarin, Raja Daiyan Ghazi berkeras menyuruhnya agar cuti buat sementara waktu. Adalah dalam seminggu lelaki itu memaksanya duduk rumah dan berehat.

Tak apalah. Mungkin ada bagusnya juga. Tetapi hari ini dia melangkah semula ke Kamil Holding. Tanpa pengetahuan Daiyan Ghazi semestinya. Gerun tak gerun. Seram juga sebenarnya.

Aku langgar arahan dia hari ni. Ya. Aku langgar.

Dan Raissa sanggup menerima segalanya. Tak kisahlah kalau ditakdirkan Daiyan Ghazi nak pukul dia ke apa ke. Dia terima.

Tapi dia kena bersihkan nama dia. Lagipula sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam Kamil Holding tadi, banyak mata memandang jelek ke arahnya.

Nampaknya mesti semua dah tahu. Raissa rasa terluka dengan pandangan orang ke arahnya. Pasti mereka jijik dengannya.

"Betul ke budak ni perempuan simpanan Datin tu?"

"Aku dengar macam tu tapi tak tahulah. Hmm. Harap muka je cantik. Perangai tak semenggah!"

"Tak baiklah kau orang ni. Mulut tu jaga. Jangan sampai jatuh fitnah pula."

Raissa yang melalui bilik staff ketika itu terkelu. Hanya mampu berdiam diri.

Kata-kata itu lebih tajam daripada pedang.

Padanlah hatinya benar-benar terluka.

Ya Allah!

Raissa duduk di bangku di bawah tangga kecemasan. Sunyi tetapi mungkin lebih baik daripada mendengar kata-kata yang sangat menyakitkan.

Raissa mengeluh perlahan. Macam mana nak bersihkan nama aku?

"Kak Raissa..."

Raissa terkejut apabila ada suara perlahan menyeru namanya. Namun dia menarik senyum melihat wajah Yuhainis. Ingatkan hantu mana tadi seru nama kita.

"Hanis kenapa?"

Gadis muda itu menunduk. Wajahnya mendung. Sedih.

"Hanis?"

Hanis terus melutut di hadapan Raissa. Raissa tersentak dan terus menarik tangan Hanis agar bangun. Namun gadis itu berkeras untuk terus melutut.

"Hanis jangan macam ni. Bangun ya. Nanti orang nampak." Raissa memandang sekelilingnya. Masih sepi tapi manalah tahu tiba-tiba ada orang lalu.

"Hanis kenapa ni? Bangunlah."

Hanis. Gadis muda itu baru berusia sembilan belas tahun. Namun dia terpaksa bekerja kerana mahu menyara ibu dan adik-adiknya. Hanis seorang yang ceria dan peramah. Pelik pula melihat wajah mendung Hanis.

"Hanis!"

"Hanis minta maaf kak. Hanis minta ampun!" Hanis terus menggenggam tangan lembut Raissa. Airmata laju membasahi pipi kuning langsat itu.

Raissa panik. Ya Allah kenapa pula ni?

"Hanis? Kenapa minta maaf? Hanis tak buat salah dengan kak Raissa pun." Raissa cuba menarik tangannya.

"Hanis minta maaf. Hanis... Hanis minta ampun..." Sayu suara lunak itu meminta maaf. Keliru Raissa jadinya.

"Hanis. Hanis, tell me! Kenapa?" Raissa menekup pipi Hanis dan wajah itu di dongakkan agar memandang wajahnya.

"Beritahu akak, Hanis. Kenapa ni?" Pujuk Raissa. Lembut bagai memujuk anak kecil.

"Hanis... Hanis..."

Raissa sabar menanti kata-kata Hanis.

"Akak tak sepatutnya kena pukul sampai macam tu sekali. Salah Hanis... Hanis... Hanis yang sepatutnya kena pukul. Hanis yang salah. Kak Raissa tak patut rasa sakit sampai macam tu. Semua... semua salah Hanis..." Mendayu-dayu gadis itu menangis.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now