🃏 •BAB 39•

85K 4.8K 381
                                    

RAISSA berjalan mendekati meja Gee. Tersenyum lebar Gee saat melihat susuk tubuh Raissa mendekatinya.

"Hai cik puan! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tegur Gee ceria. Peramah.

Raissa gigit bibir.

"Saya nak jumpa... err... Daiyan Ghazi. Boleh?"

"Aloo cik puan malu-malu pula ya nak jumpa hubby? Hahah. Boleh je... Eh tak!" Gee pantas menggeleng kepalanya laju.

Berkerut dahi Raissa.

"Mana satu ni. Boleh ke tak?"

"Tak boleh sebab... Tuan Raja ada tetamu. Ke cik puan nak saya inform Tuan Raja?" Gee tarik senyum. Jelas dibuat-dibuat untuk pandangan Raissa.

Raissa terus mengangguk kepalanya.

"Tak apalah kalau macam tu. Saya balik je lah dulu."

Baru sahaja memusingkan tubuh, kedengaran pintu dikuak kasar. Terus banyak mata terkalih ke arah bilik pejabat Raja Daiyan Ghazi.

"Kau balik sekarang."

"Ala abang. Tasha minta tolong sikit je lah. Bukannya nak mengurat abang pun."

Raissa terus mengundur ke belakang apabila terasa tubuh tinggi lampai berbaju ketat itu ditolak ke arahnya. Ini macam...

"Pandai buat hal pandailah settle sendiri. Insta kena hacked pun kecoh. Buat barulah sana. Kan senang." Bukan main dingin Daiyan Ghazi berkata. Nampak benar yang dia tak suka dengan perempuan berambut panjang itu.

"Ala mana boleh. Tahu tak yang Tasha ni instafamous. Separuh daripada followers Tasha tiba-tiba hilang. Tolong lah abang long. Pleasee..." Rengek perempuan itu. Lengan Daiyan Ghazi dirangkul dan digoncang. Masih dalam sesi memujuk lelaki itu.

Raissa terkebil-kebil sendiri. Amboi kau. Suka hati je pegang lengan suami orang!

Ni yang nak marah ni!

"Eii jangan peganglah. Rimas tau!" Daiyan Ghazi pantas merentap lengannya dari rangkulan Raja Natasha. Rimas!

Gee terus menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Bukan dia tidak nampak pandangan isteri Daiyan Ghazi yang berubah sedikit itu. Uuu. Jangan bergaduh kat sini sudah.

"Abang!"

Terdiam. Terus dua kepala yang tadi menghalau dan memujuk memandang ke arahnya.

Terjongket sebelah kening Daiyan Ghazi.

A... bang?

Raissa senyum. Terus dia mendekati Daiyan Ghazi dan memeluk lengan lelaki itu.

Daiyan Ghazi bingung melihat senyuman manis itu. Apakah?

"Kenapa abang marah-marah ni?"

Lunak sungguh suara Raissa menyapa gegendang telinganya. Daiyan Ghazi memandang tajam isterinya. Dia ni tengah datang bulan ke apa? Aku pula yang seram.

Daiyan Ghazi menjeling Raja Natasha yang dah peluk tubuh. Memuncung sedepa bibirnya.

Okey. Faham.

"Raja Natasha. Macam inilah, nanti saya pujuk abang long awak ni. Awak bolehlah balik dulu ya." Raissa menepuk perlahan bahu Raja Natasha. Bukan main berkahak tekaknya menyebut perkataan abang long tadi.

Raja Natasha menjulingkan mata namun dia akur. Terus dia melangkah pergi dari tempat itu.

Raissa tersenyum puas. Yah! Itu yang kita mahukan.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now