🃏 •BAB 42•

85.3K 4.7K 238
                                    

"AM i late?" Suara garau itu berbunyi lagi. Hinata terus memegang erat pisau di tangannya.

"Who are you?"

"Ayame Hinata. Am i get the right person?"

Hinata mengetap rahang. Ya itu nama aku. Tapi aku tanya lain rasanya.

Tanya lain jawab lain!

"I'm asking you. Who the hell are you?"

Diam. Lelaki bertopeng itu perlahan-lahan menarik topengnya ke bawah.

"Daiyan..." Suara perlahan Raissa membuatkan Hinata menyeringai jahat.

Gotcha.

"You killed my sister." Suara Hinata keras. Penuh dengan dendam. Penuh dengan kebencian.

Mengeras tubuh Daiyan Ghazi mendengarnya. Matanya terus memandang ke arah Raissa Nurrana. Gadis itu sudah sedarkan diri. Namun masih terbaring lemah. Dia juga sedar akan perubahan riak wajah itu sebaik sahaja Hinata berkata-kata tadi.

"I'm not killing anybody. I'm not that stupid!" Tegas Daiyan Ghazi.

"And you're so stupid for letting me access in your phone. Pathetic." Daiyan Ghazi memeluk tubuh. Wajahnya beku dan dingin. Mata mencerun tajam menikam wajah Hinata.

Dia akui, wajah Hinata dan Mirana punya iras yang sama. Namun hakikatnya mereka jelas berbeza. Sangat berbeza.

Hinata bingung mendengarnya. Kemudian dia mendengus kasar apabila sedar akan sesuatu. Patutlah phone aku...

Sheet!

"You're the reason of everything. You're the reason of why my sister died. I hate you!"

Daiyan Ghazi mengeluh. Penat betul nak bercakap.

"And you touched my wife. You hurt her, Hinata. I hate you too. But unfortunately, i can't hit girls. Lucky you but thanks to me." Daiyan Ghazi berkata. Tenang riak wajahnya.

"But everything in this world is not for free. You need to pay for it. Everything has its price." Daiyan Ghazi senyum. Sinis. Psiko.

Berkerut dahi Hinata. Tak faham. Maksud dia apa?

Tiba-tiba ada kaki melayang ke arahnya. Hinata tidak sempat mengelak kerana kaki itu sudah selamat menendang kuat tangannya sehingga pisau di tangan terlepas jatuh ke lantai.

Ilham tersentak sama melihat perempuan yang muncul entah dari mana itu. Itu macam...

Hinata mengibas tangan yang terasa sakit di tendang tadi. Tajam dia merenung perempuan yang menutup muka dengan mask hitam itu. Hinata pantas melayang kaki. Mahu menendang perempuan itu. Namun tendangannya dihalang dengan mudah.

Perempuan itu mengangkat kaki. Menendang kuat rusuk kiri Hinata. Terundur selangkah Hinata dibuatnya.

Sakit? Bergetar tak tulang rusuk tu? Heh.

Hinata melawan. Kaki dilayang lagi. Namun perempuan itu menepis dengan kakinya. Kaki berlaga kaki. Sakit! Namun perempuan itu hanya tenang dengan dirinya.

Perempuan itu membuka sedikit kekuda.  Sekelip mata, dia sudah berada di udara.

Hinata tergamam. Tidak sempat hendak mengelak dan menepis. Kaki perempuan itu sudahpun selamat melibas kepalanya. Dia jatuh terlentang ke atas lantai dengan tangan memegang kepala.

Shitty!

"Bella." Nama itu terlepas dari bibir Ilham sebaik sahaja terpandangkan teknik tendangan itu tadi.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now