🃏 •BAB 38•

80.6K 4.6K 952
                                    

TERKAKU. Tergamam. Terkelu. Raissa Nurrana hanya mampu membatukan dirinya. Setiap bait kata yang keluar dari bibir Ilham sungguh merentap tangkai hatinya.

"Daiyan Ghazi. He don't love you. He just used you. You're being used. That's the facts."

Kata kata Ilham tadi terus bermain-main di kepala. Mengganggu dan meracuni fikirannya.

Separuh hatinya mahu percaya. Namun separuh lagi hatinya menidakkan semua.

Kenapa berbelah bahagi sedangkan hati kau ada satu sahaja Raissa Nurrana? Satu sahaja.

"Ilham!"

Raissa tersedar dari lamunannya. Terus dia angkat kepala. Sofea sedang berjalan laju ke arahnya dan Ilham.

"What are you doing here?!" Sofea berkata. Suaranya separa berbisik namun keras.

Ilham memandang wajah Sofea. Lama. Perlahan-lahan bibirnya menarik senyum nipis.

"You can ask her. Sofea. She knows everything i know. Because she was there." Ilham berkata. Matanya masih tidak lepas memandang Sofea.

Raissa Nurrana terus memandang wajah Sofea. Kosong. Tiada riak. Tetapi bagai cukup lantang memberinya jawapan.

"It has nothing to do with you. Baliklah. Awak tak patut ada kat sini." Halau Sofea. Tangan naik menyilang di dada. Penuh angkuh riak wajahnya ketika itu.

"Come on Sofea. Tak nak tolong kawan kau ke? She's your bestfriend."

"So what?" Senyuman di bibir Ilham terus terpadam melihat Sofea. Dingin.

"Sofea. Betul ke?" Suara Raissa perlahan memecah suasana yang terasa tegang antara dua orang itu.

Sofea tidak membalas. Dia hanya melarikan pandangan matanya ke tempat lain.

Raissa rasa sakit. Rasa pedih. Sofea tidak menjawab soalannya. Namun dia tahu.

"Percayakan aku..."

How can i Daiyan?

How...

"Apa yang betul?" Terus senyap sunyi suasana sebaik sahaja suara garau itu berbunyi.

Ilham dan Sofea juga terdiam sama.

Ilham kemudian menarik senyum nipis.

"A..." tanpa sempat Ilham berkata, Sofea pantas menarik tangan Ilham keluar dari dewan utama itu.

Raissa Nurrana membatukan diri memandang Sofea dan Ilham yang semakin menjauh.

Ya Allah...

Diam. Tiba-tiba Raissa rasa sesak nafas berdiri di sebelah lelaki itu. Dia dapat rasakan aura dingin Daiyan Ghazi memandang ke arahnya.

Raissa mengeluh. Macam mana...

"Daiyan. Saya..."

"Whatever you want to say, keep it for later. Not now please."

Raissa mengangkat wajah memandang Daiyan Ghazi. Wajah lelaki itu tidak dingin seperti biasa. Mendung. Jelas pelbagai rasa terpancar di mata lelaki itu.

Terkejut Raissa saat jemari kasar Daiyan Ghazi disulam di jemari runcingnya. Hangat. Mata itu merenung dalam wajahnya. Lama.

"Jom."

Raissa diam. Hanya membiarkan lelaki itu menarik tangannya.

Raissa rasa keliru. Rasa sedih. Rasa marah. Rasa kecewa. Rasa gembira. Semuanya bercampur baur menjadi satu rasa. Keliru.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now