🃏 •BAB 51•

79.7K 4.4K 432
                                    

SEMUA mata-mata di situ diam memandang Daiyan Ghazi yang tenang dalam lenanya. Sekali-sekala wajah tenang itu berkerut sedikit. Mungkin kerana luka tembakannya terasa mencucuk. Namun hanya seketika sebelum wajahnya kembali kosong.

"Mesti sakit." Emir rasa ngilu sendiri. Masih terbayang di kepala ketika Bella mencari dan menarik keluar peluru dari tubuh Daiyan Ghazi siang tadi. Selamba dan tenang sahaja wajah Bella. Langsung tidak gelabah handle suasana ketika itu.

Halah tak hairan.

Bella kut.

"Dia okey ke?" Soal Izyan Nisyara. Risau jugalah melihat Daiyan Ghazi yang terbaring itu. Dahlah kena heret dengan dia lepastu lelaki itu pula yang tercedera.

"He will be fine. Kita biarkan dia rehat dulu." Ujar Bella ringkas.

Daiyan Ghazi tu sepupu sepapat batu. Tengoklah nanti, mesti sudah sihat walafiat semula.

"Macam mana ni? Aku rasa kita kena tukar plan." Ujar Malek yang sedari tadi hanya mendiamkan diri di penjuru bilik.

"Nampak gayanya macam itulah." Izyan Nisyara melepaskan keluhan perlahan dari bibirnya.

"Malek." Izyan Nisyara memberi isyarat mata ke arah Malek.

Malek yang mengerti terus menjatuhkan kepala dan mengekor langkah Izyan Nisyara.

Bella dan Emir berpandangan sesama sendiri.

What's going on inside their head?








IZYAN NISYARA dan Malek masih membatukan diri walaupun sudah hampir tiga puluh minit berlalu.

"Apa maksud mesej ni?" Tanya Emir saat terpandangkan fail-fail berisi kod-kod misteri di skrin laptop.

"Tak tahu lagi. Kau yakin kau boleh pecahkan kod ni?" Tanya Izyan. Mata memandang Ilham yang serius sahaja wajahnya ketika itu.

"In shaa Allah. Tapi coding ni terlalu... kompleks. Kalau aku nak pecahkan pun, paling awal ambil masa dua hingga tiga hari." Ilham mendecit perlahan. Mata yang terasa agak pedih sebab asyik pandang skrin laptop dari tadi digosok perlahan.

"Kau tak boleh buat cepat sikit ke?" Tanya Emir.

"Tak." Balas Ilham ringkas.

"Paling cepat berapa hari?"

"Paling cepat adalah dalam enam jam. Tapi bukan aku lah." Ujar Ilham. Sempat dia menyisip air kosong dari cawan di sebelahnya.

"Habis tu siapa?" Berkerut dahi Emir.

Ilham julingkan mata. Lambat pick up betul.

"Kau rasa antara kita siapa yang otak dia paling geliga? Tu lah orangnya." Ilham menggaru belakang kepala yang tak gatal. Serabut pula tiba-tiba.

Emir dan Bella berpandangan seketika sebelum menjeling pintu bilik yang tertutup rapat itu.

Daiyan Ghazi.

"Tapi dia tengah rehat pula. Hmm."

Diam lagi.

"Kau rasa apa isi fail ni?" Tanya Emir lagi. Almaklumlah. Dia tak ambil sains ICT masa di markas dulu. Jadi dia mana tahu benda-benda macam ni.

"Banyak dan tak mustahil ada bukti-bukti kerja jahat orang tua tu. Malas lah nak cakap lebih-lebih. Bukannya kau faham pun." Selamba tenuk dia je mengutuk Emir. Member tu dah tahan rasa dari nak pelangkung kepala orang. Bawa bersabar dan bertenang Emir. Sabar... Tenang...

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now