🃏 •BAB 33•

90.6K 4.8K 610
                                    

SOFEA mendengus kasar sebaik sahaja membaca pesanan teks ringkas dari kakanda tersayang.

'Abang ada hal. Tak dapat lunch dengan adik. Sowii dik.'

Kepala hangguk dia boleh 'sowi-sowi' macam tu jek. Penat eh aku tunggu dekat kafe ni. Sesenang mak datuk dia je pergi cancel. Eii geramnya!

Tapi mak datuk dia, mak datuk aku juga. Kan?

Ya Allah menyampahnya aku rasa!

Balik nanti memang aku tibai mamat tu cukup-cukup.

Sofea bangun dari duduknya. Coffee latte diambil kasar. Aku merajuk dengan kau bang. Huh!

Baru sahaja hendak keluar dari cafe, tubuhnya terasa dirempuh kuat. Habis baju kemeja berwarna krim yang baru dibelinya itu.

Oh no!

Baju aku dinodai! Arghh!

Siapa yang langgar aku ni yall. Nak kena sepak ke?

Sofea angkat kepala. Rasa nak penampar je orang yang langgar aku. Memang aku bagi dengan siku seka...

Eh?

Terus melebar senyuman Sofea.

"Ilham!"

Lelaki itu memeluk tubuh. Matanya pula mencerun memandangnya. Tajam. Bala dah mai dah.

Sofea kecilkan mata dengan bibir yang tersengih macam kerang busuk. Eh eh. Berjodoh pula kiteww yee! Ehek!

Mata Ilham turun memandang kesan tompokkan cecair kecoklatan di bahagian dada Sofea.

Sofea terus menyilang tangan di dada.

"Aip! Tengok apa? Pervert eh." Sofea mengawangkan jari telunjuknya di hadapan wajah Ilham. Mata saja dikecilkan memandang lelaki itu.

Dahlah hensem. Nakal pula tu.

Ma bad boy.

Sofea menarik sedikit baju kemeja dari melekap ke tubuhnya. Rasa sejuk air itu menyentuh kulit atas dadanya. Satu butang kemeja paling atas dibuka.

Sofea berdecit sedikit. Hmm. Comotnya aku.

"Alamak! Lepas ni saya ada meeting! Kena balik lah ni. Huwaa malasnyaa nak balik. Dahlah jauh!" Bebel Sofea perlahan.

"Ikut aku." Tiba-tiba tangan direntap kasar sebelum ditarik agar mengikuti lelaki itu.

Sofea akur. Bibirnya pula tersenyum lebar. Uuu crush pegang lengan kita! Kemudian lengan gadis itu ditolak agar bersandar di kereta Mitsubishi evo hitam berkilat itu.

"Kau pakai baju dalam tak?"

Sofea terdiam. Terkebil-kebil matanya memandang Ilham. Wajahnya memerah. Bukan sebab panas. Tapi sebab...

Soalan tu. Tetiba.

Ilham termalu sendiri. Automatik tangan naik menutup mulutnya.

Oh my...

Tiba-tiba rasa bodoh.

"Tak. Maksud aku apa nama menatang tu. Err... Ha singlet! Kau pakai singlet tak?" Tanya Ilham. Cover malu.

Gila betul!

"Oh. Mestilah pakai. Karang nanti nampak benda lain. Berdosa awak nanti. Awak kan bakal imam saya." Bukan main gedik Sofea ketika itu. Hilang sudah rasa malu tadi. Sekarang saja nak bergurau dengan Ilham.

Giliran wajah Ilham pula blushing mendengarnya. Hehe. Ilham malu? Heh. Kelakar tho.

Namun muka bukan main macho setinggi Burj Khalifa. Punyalah confident like hell.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now