🃏 •BAB 11•

66.6K 4.7K 190
                                    

     RAISSA dan Sofea terus membuka mata apabila terdengar ada suara mengaduh sakit. Aik? Apa sudah jadi?

"Kau siapa ha?!" lelaki berjaket kulit hitam itu angkat bahu. Kayu besbol sudah bertukar tangan. Lelaki bertubuh kurus kering tadi memegang pergelangan tangannya yang sakit angkara lelaki itu.

"Ahmad? Nama kau Ahmad?" lelaki itu menjeling nama yang tertulis di hujung kayu besbol itu.

"Tch!" Lelaki kurus kering itu terus meluru ke arah si pemegang kayu besbol itu.

Si pemegang kayu besbol itu mengelak sedikit. Kayu diangkat tinggi sebelum diketuk kuat bahagian belakang kepala si perompak tadi.

"Ahmad!" lelaki bertubuh gempal terus berlari membantu rakannya berdiri.

"Ahmad huh? Buat kerja tak pandai betul." si pemegang kayu besbol itu memeluk tubuh dan berdecit sinis.

Lelaki bertubuh gempal itu menerpa ke arah si pemegang kayu besbol.

Si pemegang kayu besbol mengelak sedikit sebelum lutut naik betul-betul di hulu hati lelaki tadi. Kayu besbol tadi dihentak di dahi dan entah bagaimana, tubuh gempal itu dibanting dengan tubuhnya.

"Beratnya kau!" lelaki itu melepaskan kayu besbol di tangan sebelum memegang bahunya. Sakit eh. Berapalah agaknya berat mamat tu?

Lelaki-lelaki itu terus bangun dan terjengket-jengket berlari menjauh. 'Ahmad' sempat mencapai kayu besbol miliknya.

"Perompak taik kucing. Puih! Dengan perempuan beranilah kau!" lelaki itu menggosok-gosok bahunya. Heh. Good job dearself.

"Ilham?" Membulat mata lelaki itu apabila namanya diseru. Halkumnya tenggelam timbul.

Halamak.

"Ilham kan?"

Gulp...








"ILHAM?" Raissa menggaru kepala apabila Sofea menyebut nama itu. Ilham? Lelaki tu Ilham ke?

"Ilham kan?" Sofea menunduk kepala. Cuba mengintai wajah lelaki itu.

Raissa turut sama mengintai. Matanya cuba difokuskan. Gigih kepala otak nak cerna wajah itu. Macam kenal...

"Ilham." Raissa terkejut sendiri. Bagai tak percaya. Betullah lelaki ini Ilham. Tadi tak cam.

"Aduh." Ilham meraup wajah.

"Ilham! Weh lama tak jumpa!" Sofea terus berdiri di hadapan Ilham. Ilham kalihkan tubuh. Tak mahu berpandangan dengan Sofea. Sofea tersengih sebelum berdiri di hadapan Ilham semula.

Raissa terkebil-kebil memandang tubuh tinggi lampai itu. Ya Allah! Sumpah dia tak cam tadi. Sebab Ilham dah lain gila. Bukan lelaki yang dengan kaca mata besarnya. Bukan lelaki yang berseluar dan berbaju besar gedebeh. Ini memang betul-betul luar dari sangkaannya. Handsome.

"Suka-suka kenapa?" Ilham menjeling Sofea dengan ekor mata.

"Thanks Ilham. Kau tolong aku. Lagi." Sofea senyum lebar. Raissa makin pelik dengan Sofea. Pehal gedik semacam ni?

"Hmm. Aku lalu sana. Tu yang ternampak korang hampir kena rompak." jelas Ilham. Jarinya menunjuk ke arah jalan besar di sana.

"Aku tak cakap pun kau stalk aku." Potong Sofea selamba. Ilham buat muka. Wajah Sofea rasa macam nak ditelan sahaja.

"Eh aku... aku err lantaklah! Kau orang tu perempuan. Siapa suruh parking kereta dekat lorong gelap macam ni?" Ilham menarik zip jaket kulitnya ke atas.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now