🃏 •BAB 69•

75.8K 4.2K 461
                                    

"CIK PUAN!" Aryan berlari merapati Raissa Nurrana yang diam duduk di hadapan operating room. Tuan Hambali terus di tolak masuk ke dalam OR sebaik sahaja tiba kerana berlaku pendarahan yang agak banyak di abdomennya.

"Apa yang dah jadi? Cik Areeda?"

Rasa ingin tahu di dada Aryan semakin menebal saat melihat plaster yang bersaiz agak besar di dahi Areeda.

Tiada jawapan. Areeda hanya mampu menggeleng kepala. Dia masih terkilan dengan semuanya.

Kenapa mama buat macam tu ma?

Kenapa...

Raissa membetulkan duduknya dan menggosok lembut perutnya.

Nasib baik anaknya kuat...

Aryan diam memandang wajah lelah Raissa dan Areeda sebelum berkalih ke arah seorang lelaki yang diam berdiri di sebelah Raissa. Tegak berdiri dan hanya memerhati.

"Encik siapa ya?" Tanya Aryan.

"Saya Inspektor Qalish. Tuan Hambali masih dirawat di dalam. Encik jangan risau, nanti ketua pasukan saya akan terangkan semuanya. Buat masa sekarang, ketua pasukan saya sedang mengetuai pasukan mencari dan menyelamat Datin Mona. Sebarang maklumat akan diberitahu oleh pihak kami nanti." Ujar Inspektor Qhalish tenang.

Aryan terkelu.

Tuan Hambali dirawat?

Mencari Datin Mona?

Apa yang sudah terjadi...

DAIYAN GHAZI laju melangkah mendekati Aryan. Ferhad di belakangnya sudah gosok belakang leher. Kepenatan masih terasa. Baru balik dari airport terus Daiyan meminta Ferhad membawa ke hospital.

Bunyi macam mustahak. Jadi Ferhad akur sahaja.

"Tuan Raja." Ujar Aryan sebelum membongkokkan sedikit tubuh. Tanda hormat.

"Kenapa?" Tanya Daiyan Ghazi sepatah. Keras nada suaranya. Cukup menggerunkan.

Aryan mendiamkan diri. Tak tahu bagaimana hendak menceritakan semuanya kepada Raja Daiyan Ghazi.

Daiyan Ghazi mengeluh saat melihat Raissa yang diam duduk di kerusi pelawat dengan kepala yang terlentok di kerusi sebelahnya. Lena.

"You owe me an explanation, Aryan." Ujar Daiyan Ghazi sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Raissa Nurrana.

Perlahan-lahan tangannya naik mengelus lembut pipi Raissa. Ada calar kecil di dahi Raissa Nurrana. Berkerut dahinya. Risau. Apa yang sudah terjadi?

Raissa tersedar apabila ada hangat tangan seseorang menyentuh pipinya.

"Rana?"

Raissa pantas mengangkat kepala saat mendengar namanya diseru lembut. Matanya terasa panas sebaik sahaja melihat wajah Daiyan Ghazi yang berkerut kerisauan itu.

"Abang." Pecah tangisan Raissa. Tangan kecilnya terus memeluk tubuh Daiyan Ghazi. Wajah pula disembam di dada bidang suaminya. Rasa sedih dan takut bercampur menjadi satu.

Daiyan Ghazi memeluk tubuh kecil Raissa. Tangan naik mengelus lembut belakang kepala isterinya.

"Rana... Ta... takut..." Adu Raissa. Terhinjut-hinjut bahunya.

"Shh it's okay. Abang ada." Ujar Daiyan Ghazi sebelum pelukannya dieratkan lagi. Sayu rasa hatinya mendengar tangisan Raissa.

Ya Allah.

AREEDA membatukan diri memerhati tingkah Adeera di sebalik cermin kaca itu. Adeera benar-benar kelihatan serabut. Kadangkala adiknya itu berbicara sendiri. Tiba-tiba ketawa dan tiba-tiba menangis.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now