🃏 •EPILOG•

160K 5.8K 1.2K
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN...

BUNYI bising yang menyapa gegendang telinga asyik cuba membangunkannya dari lena. Namun gagal. Raissa Nurrana tidak larat hendak membuka mata. Terasa lemah sangat tubuhnya. Akhirnya dia tenggelam lagi dalam lena yang semakin berat.

Entah berapa lama dia tidur agaknya. Namun dia mula tersedar saat ada tangan mengelus lembut pipinya. Mata masih terasa berat namun digagahi jua untuk membuka mata. Cahaya dari lampu kalimantang membuatkan matanya terkenyit-kenyit sedikit. Agak sakit.

Raissa Nurrana memejam lagi matanya. Lama sebelum perlahan-lahan dibuka semula.

"Hello my lady."

Suara itu membuatkan Raissa terus menoleh ke sisi. Jelas kelihatan wajah tampan seorang lelaki berada dekat di sebelahnya. Raissa terus tersenyum lebar.

Raja Daiyan Ghazi.

"Abang? Lama ke Rana tidur?" Tanya Raissa dengan suaranya yang serah basah.

"Just a day and a night, Rana. It's okay. You're tired." Daiyan Ghazi senyum manis. Sempat dia mencuri cium pipi mulus Raissa.

Raissa ketawa kecil. Rasa berbahang jugalah pipi. Nasib baik suami saya...

"Abang, nak air." Pinta Raissa. Tekaknya benar-benar terasa kering.

Daiyan Ghazi terus bangun dari birai katil  dan mengambil secawan air mineral dari meja kecil di sebelah katil wad.

Raissa perlahan-lahan bangun dari duduknya. Daiyan Ghazi menaikkan sedikit katil itu supaya Raissa dapat duduk dengan selesa.

Raissa meneguk perlahan air mineral itu. Lega. Baru selesa rasa tekak.

"Nak lagi?" Tanya Daiyan Ghazi.

Raissa menggeleng perlahan.

Daiyan Ghazi senyum nipis dan meletakkan cawan kembali ke atas meja.

Diam seketika. Raissa terus menarik senyum saat ada tangan menggenggam erat tangannya. Hangat.

Dan penuh rasa cinta.

"Terima kasih." Ucap Daiyan Ghazi separa berbisik di telinga Raissa.

"Untuk?"

"Sebab sanggup bertarung nyawa lahirkan anak abang." Ujar Daiyan Ghazi lagi sebelum dia tunduk mencium lembut ubun-ubun isterinya.

Raissa memejam mata. Selesa.

"Mana anak-anak abang tu?" Tanya Raissa.

Daiyan Ghazi ketawa kecil mendengarnya.

"Ada dengan Qayder dan Raiyan. Pandailah budak berdua tu jaga."

Raissa ketawa sama. Macam manalah gaya Qayder dengan Raiyan hadap anak-anak buah dia tu.

"Rana nak tengok sweetiepie kita." Ujar Raissa perlahan. Ya. Rasa berdebar dadanya mahu melihat anaknya. Dia ingat lagi malam tadi. Betapa sakit dan sukarnya untuk menjadi seorang ibu. Sekarang baru dia mengerti betapa besarnya pengorbanan insan-insan bergelar ibu di luar sana.

Untuk itu dia sangat berterima kasih dengan Puan Ratna.

"Okay. Tunggu di sini diam-diam ya." Daiyan Ghazi mengelus lembut pipi Raissa sebelum dia bangun dan berlalu pergi.

Raissa tersenyum lebar. Tangan naik mengikat rambut sebelum dia menyarung tudung ke kepala.

Tok... Tok... Tok...

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now