🃏 •BAB 54•

80.1K 4.5K 1.5K
                                    

DIAM. Suasana bagai memberikan Raissa Nurrana dan Tuan Haidil peluang untuk berbicara. Tapi sampai sekarang dua-dua diam membisu.

"Raissa sedih sebab Raissa hampir lupa yang Raissa ada abang." Raissa senyum perit. Tiba-tiba emosi. Mata mula rasa panas.

Lama. Suasana hening. Daiyan Ghazi hanya diam disebelah isterinya. Tahu mereka perlukan masa.

"Tapi abang tak pernah lupakan adik abang yang degil ni." Wajah Haidil tenang sahaja dengan senyuman nipis di bibirnya. Tapi Areeda tahu dalam hati lelaki itu, pasti dia merasa rindu akan adiknya.

Kemudian senyuman itu hilang. Wajah Haidil bertukar dingin.

"Sampailah..." Kata-kata Haidil terhenti di situ. Haidil ketawa kecil. Entah apa yang ada dalam fikiran lelaki itu agaknya.

"Hmm. Datin Mona, Hanim. Sekor-sekor tu memang patut kena bunuh."

"Haidil!" Areeda memandang wajah tenang Haidil. Terkejut dia mendengar kata-kata tak terduga itu. Raissa terkejut sama. Tiba-tiba berderau darah mendengar kata-kata Haidil.

Wajah tenang Daiyan Ghazi berubah tegang. Berkerut dahinya melihat wajah Haidil.

Precautions step.

"What? I'm just kidding. Come on babe. You so serious." Haidil senyum nipis dan menggeleng kepala melihat reaksi Areeda. Cuak benar.

Raissa melepaskan keluhan sebelum tangan Daiyan Ghazi yang agak mencengkam erat pinggangnya ditepuk lembut. Meminta lelaki itu bertenang.

"It was so hard for her to let you go. You're just four. Abang tak dapat bayangkan macam mana hidup Raissa dengan Mona lepas tu. Dan kalaulah Raissa tahu apa yang Hanim dah buat, you will hate her for sure." Tuan Haidil berkata.

Raissa memandang dalam wajah Haidil.

"Maksud abang?"

"Datin Mona penyebab semuanya berlaku. Dia yang cuba hancurkan syarikat papa tapi dia jatuhkan semua kesalahan pada ibu. Dan Hanim dengan segala kebodohannya, terus percaya dan terus halau ibu. Hakikatnya dia sendiri yang bersekongkol dengan Mona untuk hancurkan ibu. And yes. They made it."

Haidil rasa perit nak ceritakan semuanya semula. Setiap kali dia teringatkan tentang hal itu, setiap kali itulah rasa panas di hati semakin membara.

"Tapi ibu tak nak tinggalkan anak-anak dia dan terus membuat keputusan untuk membawa Raissa dan abang pergi bersama-sama dia. Tapi rancangan ibu kantoi. Hanim sempat rampas Raissa daripada ibu dan ugut nak bunuh abang. Ibu terus larikan diri dengan abang sebab perempuan itu arahkan anak-anak buah dia supaya bunuh kami. Tapi syukur. Kami sempat lari."

Raissa terkedu. Datin Mona adalah punca. Namun yang mengeruhkan lagi keadaan adalah Hanim.

"And i guess, Tuan Hambali never care about us. Ada dia cari kami? Tak ada. Ada dia cuba jelaskan? Tak ada. Ada dia cuba lindungi kami? No. Dia tak buat apa-apa pun." Tuan Haidil diam selepas itu. Mata merenung tajam meja kopi di hadapannya.

"Enough Raissa. I just... don't want to talk about this no more."

Raissa senyum walaupun perit. Mesti hidup abangnya sukar tanpa insan bergelar bapa selama ini. Macam manalah agaknya kehidupan lelaki itu...

"Ibu... sihat?"

Haidil senyum mendengar soalan itu.

"Alhamdulillah. Ibu sihat."

Raissa rasa nak mengalirkan airmata tiba-tiba. Insan yang selama ini dia gelar ibu, masih hidup. Dia masih punya keluarga yang sempurna. Cuma keadaan sahaja yang menghalang keluarganya bersatu.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now