🃏 •BAB 64•

79.8K 4.5K 295
                                    

RAISSA NURRANA senyum memandang wajah asing di hadapannya itu. Mata terus menjeling ke dalam kereta. Kut-kut Aryan ada di dalam kereta.

Malangnya, tingkap kereta mewah ini terlalu gelap. Apa yang dia nampak hanyalah lubang hidung dia je.

Huhu~

"Puan kata puan nak pergi kedai kan? Mari. Saya hantar." Ujar lelaki bersut kemas itu.

"Err awak pekerja baru ya? Aryan sibuk ke?" Tanya Raissa Nurrana lagi.

"Dia kena teman Raja Daiyan. Jadi saya yang akan bawa Puan hari ini." Jelas lelaki itu.

"Nama?"

"Ashrul. Boleh panggil saya Ash. Mari Puan."

Raissa senyum walaupun dia agak sangsi melihat wajah baru itu. Setahunya, bukan senang Daiyan Ghazi nak tarik orang-orang untuk jadi sidekick dia. Kerana menurut Aryan, mereka perlu melalui tapisan demi tapisan yang sangat sukar. Dan antara salah satu 'tapisan'nya ialah sesi 'bertemu' dan 'beramah mesra' dengan Daiyan Ghazi.

Bila ditanya macam mana proses itu dijalankan, Aryan cuma senyum dan diamkan diri.

Macam seram sangat bunyinya.

"Jadi puan nak pergi mana dahulu?" Tanya Ashrul sebaik sahaja dia memboloskan tubuh ke tempat duduk pemandu.

"Kita pergi supermarket dulu."

DAIYAN GHAZI terus memandu masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Aryan dan Ferhad yang sedang tidak senang duduk terus membongkokkan tubuh sebaik sahaja figura tubuh tegap itu melangkah keluar dari kereta mewah itu.

Gulp...

"Cik Puan Raissa ada telefon saya tadi. Dia kata dia nak ke kedai. Tapi bila saya sampai, dia dah tiada." Lapor Aryan. Dia turut rasa risau sama.

Aduhai.

Daiyan Ghazi mengetap rahang.

"Track her phone." Arah Daiyan Ghazi sebelum dia menyerbu masuk ke dalam rumahnya. Mahu mengambil sesuatu.

Ferhad terus menelefon seseorang.

Aryan cuba menelefon nombor telefon Raissa Nurrana. Tapi masih tiada jawapan. Semakin panas punggung dia dibuatnya.

"Sekarang. And please make it..." Ferhad terkelu melihat objek hitam di tangan Daiyan Ghazi. Kemas tangan berurat itu menggenggam erat glock di tangannya.

Daiyan Ghazi meletakkan glock itu ke di belakang seluar slacknya. Tanpa kata, dia terus membolos masuk ke dalam keretanya.

"Sir? Please make it what?" Ferhad yang ternganga sedikit melihat

"Aaa make it fast. Just hurry!" Ferhad terkocoh-kocoh lari masuk ke dalam kereta diikuti Aryan. Mahu mengekor Daiyan Ghazi.

Bimbang lelaki itu hilang waras nanti. Mati aku.

RAISSA NURRANA berdiri diam melihat cashier muda di kaunter tempat dia membayar itu.

"Semua sekali lapan puluh tiga ringgit empat puluh sen sahaja." Ujar gadis itu.

Raissa terus menghulurkan dua not lima puluh ringgit ke arah gadis itu.

"Cik, lelaki tu suami encik ke?" Tanya gadis itu. Polos benar wajahnya.

Raissa terus menjeling ke arah Ashrul yang berdiri agak jauh darinya.

"Tak. Dia pengawal saya. Kenapa tanya?" Raissa memandang wajah gadis muda itu. Mata bulat gadis itu turut menjeling ke arah Ashrul.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now