🃏 •BAB 40•

94.9K 4.7K 259
                                    

SOFEA menjeling lelaki yang duduk tenang dihadapannya itu. Tak selesa dia hendak melakukan kerjanya.

"Awak nak apa ni sebenarnya?" Tanya Sofea keras. Dia rasa tak senang duduk bila Ilham hanya diam memandang ke arahnya. Nak buat kerja pun jadi tidak selesa.

"Aku rindu kau."

Membulat mata Sofea. Rasa ada sesuatu mencekik anak tekaknya. Dapat dia mendengar degupan jantungnya sendiri.

Apakah?

"Tapi saya tak rindu awak." Nafi Sofea sebelum terus memandang ke tempat lain. Gila betul.

"Kau asyik jauhkan diri kau dari aku sejak dua menjak ini. Kenapa? Aku ada buat salah ke?" Ilham menyoal tenang. Wajahnya langsung tidak beriak. Lagi panas punggung Sofea dibuatnya.

"Tak lah. Mana ada saya jauhkan diri dari awak. Saya sibuk kerja. Takkanlah saya nak melekat je dengan awak macam belangkas dua puluh empat jam. Gila ke apa." Bidas Sofea. Bibirnya terjongket menyampah. Menyampah? Hmm agak la.

"Ye lah tu. Ke kau jealous?" Ilham senyum jahat.

"Function?" Bengang Sofea rasa. Ehh tiberr!

"Aku cuma pelik dengan kau. Dulu bukan main gedik. Tak macam sekarang. Datang bulan eh?"

"Eh dia ni. Dahlah awak datang tak buat appointment. Lepas tu suka hati je terjah masuk office saya. Awak ingat syarikat ni bapak awak yang punya? Gila!" Marah Sofea. Dia tak bolehlah tengok muka Ilham. Luka lama ni rasa berdarah lagi. Sakit.

"Take it easy, Fea. Aku gurau je."

"Let me correct you. It is SOFEA. Not Fea!"

"Apa salahnya? Tetap nama kau kan?"

"Saya tak suka!"

"Tapi aku suka."

"Suka hati awaklah!" Sofea terus bangun dari duduknya. Nak pergi pantry. Dapat pekena kopi panas pun cun jugak. Tak pun, kopi tu aku simbah dekat Ilham ni.

Lagi cun kuasa tiga.

Ada pun menyemakkan muka bumi je.

"Nak pergi mana?"

Sofea terkebil-kebil memandang tangan yang melingkari lengannya. Oh hati. Jangan jatuh cinta!

"Pergi mati!" Terus dia rentap lengannya dari genggaman Ilham.

Ilham terus bangun. Sekejap sahaja langkah kakinya mengejar langkah Sofea. Dihalang laluan Sofea.

"Awak nak apa ni? Saya stresslah tengok muka awak!"

Ilham senyum sinis.

"Give me one word on 'who am i to you'. Then i'll leave."

Sofea memandang Ilham atas bawah. Okay fine! Tangan terus bersilang di dada memeluk tubuhnya. Wajah didongak penuh yakin.

"Stranger."

Diam. Ilham juga kelihatan puas hati mendengarnya.

"So you may give me one word also on 'describe me'. Fair and square." Sarkastik benar nada suara Sofea. Bagai mengejek Ilham pun ya juga.

Ilham senyum senget. Tangan sasanya turut sama naik menyilang di dada memeluk tubuh. Mencerun mata gelapnya memandang Sofea.

Terus hilang riak yakin di wajah Sofea apabila lelaki itu melangkah ke arahnya perlahan. Selangkah demi selangkah. Terundur ke belakang kakinya tatkala jarak mereka semakin rapat.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now