🃏 •BAB 61•

91K 5K 774
                                    

PUAN RATNA menjeling wajah anak perempuannya itu. Wajahnya seperti biasa. Tiada senyuman. Tapi berseri semacam je.

Musykil.

"Raissa, ibu ada benda nak cakap sikit ni."

Raissa yang sedang memotong sayur sawi terus angkat muka. Wajah redup ibunya dipandang lama.

"Ya ibu. Ibu nak cakap apa?" Raissa senyum sebelum kembali menyambung memotong sayur sawi tadi.

"Abang Raissa tu. Sibuk ajak ibu tinggal dengan dia. Tapi ada bagusnya juga. Raissa dan Daiyan perlukan ruang untuk betulkan keadaan. Takut ibu mengganggu je."

"Mana ada mengganggu. Abang tu memandai je." Raissa ketawa kecil mendengarnya.

"Tapi ibu dah setuju. Malam tadi ibu sudah siap kemas semua baju dah. Raissa... boleh kan?" Puan Ratna sebenarnya agak berat hati mahu meninggalkan Raissa di sini. Tapi Raissa sudah ada suami.

Raissa terus terdiam. Lambat-lambat dia menarik senyum.

"In shaa Allah boleh. Ibu jangan risau. Daiyan bukannya nak apa-apakan Raissa. Dia kan suami Raissa." Raissa senyum ceria.

"Tapi nanti kalau Raissa rindu ibu macam mana?" Raissa terus memeluk puan Ratna disebelahnya. Sengaja mahu bermanja-manja.

"Macamlah rumah abang Raissa tu kat pluto. Dekat je. Tak sampai lima belas minit dah sampai. Nanti kalau ibu mati kutu kat rumah abang, ibu singgahlah sini. Jangan risau." Puan Ratna ketawa sebelum menggosok kepala Raissa.

Raissa senyum mendengarnya.

"Raissa kuat. Ingat tu." Ujar Puan Ratna lagi.

Raissa terus menarik senyum.

Ya ibu.

Raissa kuat.

Masih kuat.

"RAISSA pergi kejut Daiyan dulu ya ibu." Raissa meminta diri sebelum menghilangkan diri dari dapur menuju ke bilik utama. Perlahan-lahan tangan naik mengetuk pintu itu.

Tok! Tok! Tok!

"Daiyan?"

Tiada jawapan. Berkali-kali dia memanggil nama itu. Namun masih tiada jawapan. Akhirnya dia memilih untuk masuk ke bilik itu.

Kepala dijengulkan ke dalam bilik. Kosong.

Mana dia pergi?

Pintu bilik air terkuak dari dalam sebelum satu figura tinggi lampai melangkah keluar dengan tenang.

Raissa terus terkaku di tempatnya saat melihat susuk tubuh Daiyan Ghazi yang hanya bertuala yang melilit di pinggangnya. Terserlah tubuh tegapnya yang cantik terbentuk itu. Titisan-titisan air kelihatan memercik dari rambut hitamnya yang basah dan serabut itu.

Astaghfirullah!

Raissa terus mengecilkan diri tempatnya. Berharap lelaki itu tidak perasan dia yang tercongok di hadapan pintu itu.

Perasan akan lelaki itu yang masih tidak perasan akan kehadirannya, perlahan-lahan dia pusingkan tubuh. Mahu menyelinap keluar.

Bukk!

"Aduh!" Raissa terus pegang dahi yang terhantuk di pintu. Berkerut wajahnya. Alahai pintu. Masa macam inilah kau nak cari gaduh dengan aku ya!

"Raissa? Apa kau buat kat situ?"

Raissa terus pusingkan tubuh memandang lelaki itu semula bersama wajah polos dan sengihan tidak bersalah di bibirnya.

"Saya dah siapkan sarapan. Saya nak panggil awak turun. Maaf. Tapi tak apa kan? Bukan selalu." Raissa senyum manis. Seketika kemudian matanya terkebil-kebil saat bibir merah lelaki itu menyenget sedikit.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now