🃏 •BAB 59•

70.3K 4.7K 240
                                    

RAISSA NURRANA berbaring di riba Puan Ratna. Lama dia berbaring di situ. Saja mahu bermanja dengan ibunya. Kalau tidak, dengan siapa lagi hendak dia bermanja.

"Raissa betul ke tak nak makan ni?" Tanya Ratna. Macam tak percaya akan anak perempuannya itu.

"Malaslah ibu. Raissa tak ada selera." Adu Raissa. Ya. Tekaknya rasa tak lalu nak makan-makanan yang ada.

"Tapi Raissa tetap kena makan sedikit. Dalam perut tu ada baby. Kesian baby lapar." Ratna cuba memancing Raissa kerana dia perasan yang Raissa akan terus lembut hati jika diingatkan tentang kandungannya.

"Jom. Kita makan sikit ya? Ibu masakkan bubur sekejap." Pujuk Ratna lagi.

Akur. Raissa terus bangkit dan mengekori ibunya ke dapur.
Dia diam duduk di island table menemani Ratna di dapur.

"Ibu..."

"Ya anak ibu. Ada apa?" Tanya Ratna.

"Raissa rasa macam nak makan mi goreng seafood lah ibu." Adu Raissa manja.

Ratna ketawa kecil mendengarnya. Terus kaki di atur ke peti sejuk.

"Ibu boleh je kalau nak masak mi goreng seafood tapi dalam peti ais ada ayam dengan daging je. Ibu pergi kedai sekejaplah ya." Puan Ratna senyum lebar. Ini kali pertama Raissa mengidam. Jadi dia juga rasa teruja untuk menyediakan makanan itu untuk anak dan bakal cucu sulungnya itu.

"Eh tak apalah ibu. Ibu masak bubur je. Mi goreng tu esok-esok pun boleh." Raissa senyum nipis. Bersabar sahaja walaupun tekak betul-betul rasa nak makan mi tu.

"Baiklah tuan puteri intan payung ibu. Sekejap ya."

RAISSA NURRANA berselera menyuap bubur ayam itu ke dalam mulut. Tadi rasa macam tak lalu nak makan. Tapi sekali makan rasa macam tak nak berhenti pula. Sedap sungguh bubur dan sup ayam yang dimasak Puan Ratna. Betullah. Air tangan ibu memang istimewa walaupun hanya bubur ayam sahaja.

"Sedap? Nak tambah lagi?" Rasa puas hatinya melihat wajah Raissa Nurrana yang tersenyum lebar itu.

"Taklah ibu. Dah dua kali dah ni. Penuh perut." Raissa menyuap satu sudu bubur yang terakhir. Dia beralih pula ke arah sup ayam yang masih bersisa dan dihirup sedikit demi sedikit.

Fuh!

Sedap!

Ratna angkat kepala apabila ada satu susuk tubuh masuk ke dapur.

"Daiyan. Ada nak makan apa-apa ke?"

Raissa terus memusingkan tubuh sebaik sahaja telinga menangkap sebaris nama itu. Terus melebar sengihan di bibirnya melihat Daiyan yang terkaku di tempatnya.

"Ehem Raissa!" Puan Ratna tahan senyum lucu namun wajahnya serius 'menegur' Raissa. Dia perasan akan pandangan Daiyan Ghazi melihat Raissa.

Raissa tercengang memandang ibunya. Seketika kemudian dia mengerti. Sebelah mata terus dikenyit ke arah Ratna sebelum dia memasamkan wajah.

"Ya. Raissa nak pakai tudunglah ni." Suara Raissa seolah-olah berjauh hati. Dia terus melangkah ke bilik ibunya. Mahu mencapai tudungnya tadi.

Daiyan Ghazi terus garu kepala yang tak gatal. Tak tahu kenapa setiap kali dia melihat rambut Raissa, mesti hati rasa tak menentu. Padahal haritu dia dah nampak dah pun.

Tapi dia rasa pelik. Kenapa Raissa lain? Raissa takkan sesuka hati tayang rambut dia pada lelaki kecuali...

"Daiyan?"

"Ya ibu?" Daiyan Ghazi tersentak apabila lamunannya diganggu Puan Ratna.

"Nak makan ke? Kalau nak makan, ibu boleh sediakan makanan."

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now