🃏 •BAB 15•

72.2K 4.4K 453
                                    

RAISSA NURRANA mengurut bahu yang terasa lenguh-lenguh setelah seharian dia menyiapkan kerjanya.

Dan kerja wanita bernama Fify itu. Pfft!

Kerja sendiri pastu suruh orang buat. Mana nak berkat duit gaji tuu!

Fuh. Sabar weh. Sabar...

Raissa tersenyum apabila tiba-tiba ada bungkusan makanan diletak dihadapannya. Terus dia angkat muka.

"Apa ni Stella?" Raissa menggeleng kepala. Dia dah cakap dengan Stella yang dia tak mahu susahkan gadis kacukkan cina itu. Tapi Stella mana nak dengar kata orang selain hanya menurut perintah Tuan Hambali sahaja. Maklumlah bos dia kan. Karang derhaka gaji tak masuk pula.

"Makanan. Kesian cik. Orang semua keluar rehat. Keluar makan. Cik rehat sekejap je. Itupun cik pergi surau kan? Makan cik. Nanti cik Raissa sakit macam mana?" Stella senyum.

"Lagipula, tuan yang suruh saya turun tengok-tengokkan cik. Katanya dia tahu yang cik ni liat nak diajak makan." Ujar Stella lagi. Raissa sengih. Aku liat diajak makan kalau kat rumah je Stella oii.

"Makan tau. Jangan tak makan." Arah Stella. Tegas.

Raissa menggeleng kepala dengan sikap degil Stella. Degil-degil tapi baik. Tak macam...

"Ya. Kejap lagi saya makan. Stella?"

"Ya cik?"

"Papa busy ke?"

Stella berfikir sejenak.

"Pagi tadi dia ada meeting dengan Syed Hazimi dengan anak lelaki dia. Sapa tu nama dia? Alaa lupa dah.." Stella mengetuk-ngetuk kepalanya dengan wajahnya yang menunjukkan dia tengah loading.

"Syed Arif?"

"Haa Syed Arif tu lah. Tapi sepatutnya dah nak lepas lunch hour ni, tuan dah tiada apa-apa hal lagi. Tapi entahlah. Dia keluar dengan Syed Hazimi. Ada bendalah nak dibincangkan tu." Raissa mengangguk.

"Tuan tu bukannya jenis yang suka keluar tanpa apa-apa appointment. Tetapi tadi dengan Syed Hazimi okay je keluar sama-sama." Diam. Raissa menggigit bibir.

Ada betulnya kata Stella. Tuan Hambali tu seorang yang strict. Sangat tegas. Dengan client pun dia tegas. Jadi biasanya lelaki itu hanya mengikut appointment. Selepas habis appointment memang dia tak mahu diganggu lagi melainkan jika ada urusan dengan client-client yang lain.

Papa ada rancang apa-apa ke?

"Tak apalah cik. Saya naik dulu. Lunch hour dah nak habis. Cik jangan lupa makan tau." Pesan Stella sebelum melangkah menjauhi mejanya.

Raissa bersandar seketika. Aduh tulang belakang aku rasa macam nak patah riuk dibuatnya.

Fify ahh ni. Buat kerja sendiri tak boleh ke?!

Nasib baik aku ni baik.








RAISSA mengekori langkah lelaki itu. Dengan langkah kakinya yang terjengket-jengket. Ada yang memandangnya pelik.

Raissa mengecilkan mata dengan pandangannya difokuskan ke satu arah. Di mana seorang lelaki dengan hoodie berwarna biru gelap berjalan tenang melepasi orang ramai. Biasalah. Sekarang kan waktu orang-orang balik kerja. Memang sesak. Nasib Raissa kecil. Bolehlah menyelinap disebalik orang ramai itu.

Tiba-tiba terasa kakinya dipijak seseorang. Terlompat-lompat Raissa. Sakit siot! Sumpah sakit!

Raissa pusing. Memandang wanita yang berskirt sendat berwarna merah itu. Selamba sahaja wanita itu berjalan melepasinya dengan telefon bimbit di tangan. Mata Raissa turun melihat kaki wanita itu.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now