🃏 •BAB 7•

71.4K 4.7K 1K
                                    

TINGGAL beberapa orang pelajar sahaja di dalam kelas 5 Hang Tuah itu. Yang lain sudah mula bergerak ke makmal Biologi satu di bangunan Kenyalang.

"Jom gerak." ajak Ilham. Raissa mengangguk. Siapa sangka, Ilham yang poyo macam ni rupanya punya darah kacukan Jepun. Ayahnya orang Jepun ibunya orang Malaysia. Macam tak percaya. Mukanya tidak nampak seperti kacukkan. Mungkin wajahnya lebih mirip ke arah si ibu?

Ilham Ryukean.

Pelik.

Raissa berjalan bersama Daiyan Ghazi dan Ilham. Ada banyak juga mata memandang. Tak selesa. Pelik sangat ke? Ataupun dia orang nampak macam aku ni baru turun dari planet Marikh?

Takpun sebab muka jejaka idaman Malaya Daiyan Ghazi tengah bawa katak. Muka hensem tapi bawa katak... Boleh bayang?

Masuk sahaja makmal biologi cikgu Wardah, semua memandang. Tak kurang juga berbisik antara satu sama lain. Usai memberi salam dan mendengar cikgu Wardah menceritakan tentang agenda hari ini, Raissa gigit bibir bawah. Katak yang gendut itu dipandang. Macam mana nak bedah awak?! Geli. Sikitlah. Sikit jee.

"Aku ambil bahan radas. Korang settlekan katak."

Daiyan Ghazi mengangguk mendengar kata Ilham. Raissa Nurrana rasa kagum dengan mereka. Boleh pun hidup aman damai rupanya dua-dua orang ni.

"Jom." Ajak Daiyan.

Raissa terus mengekor langkah Daiyan Ghazi ke bahagian tepi makmal. Pembantu makmal sedang menyediakan kapas dan kloroform yang diperlukan.

"Dalam ni, cik dah letak kloroform sedikit dekat kapas tu. Masukkan katak dalam bekas tu. Tutup. Tapi jangan lama-lama. Sekejap je." pembantu makmal tadi terus menghulurkan dua bekas besar kepada pelajar.

"Buka." Raissa terkebil-kebil memandang Daiyan Ghazi yang sudah bersedia dengan sarung tangan getah yang sudah tersarung di tangannya.

Raissa terus menghulurkan bekas yang berisi kataknya. Tanpa ragu- ragu, Daiyan terus menyeluk tangan masuk ke dalam bekas itu. Katak milik kumpulan mereka di tangkap sebelum di letak ke dalam bekas berisi kapas tadi dengan penuh berjaga-jaga.

Semua memandang. Firdaus telan liur. Beraninya. Eh tak. Bukannya berani. Kau yang penakut.

Daiyan Ghazi menggoncang sedikit bekas itu apabila katak itu sudahpun diam terbaring. Penutup bekas dibuka.

"Saya... nak ambil. Boleh?" Tanya Raissa.

Daiyan Ghazi terus menjeling Raissa atas bawah. Berani ke?

"Hmm. Ambil glove dalam poket aku."

Raissa terus menarik glove getah yang terkeluar sedikit dari poket seluar sukan lelaki itu. Nasib baik dah terkeluar. Kalau dia suruh seluk?

Memang tak lah aku nak seluk!

Raissa perlahan-lahan memasukkan tangannya ke dalam bekas tinggi itu. Katak yang sudah terlentang itu perlahan-lahan dicapai. Giginya berlaga apabila terasa lembik perut katak itu di tangannya.

Daiyan Ghazi sembunyi senyum. Dalam penakut ada beraninya juga. "Bawak pergi meja kita."

Raissa terus berlari-lari anak ke meja mereka yang berada agak jauh dibelakang. Masih berhati-hati tingkahnya. Daiyan Ghazi terus tersenyum lucu.

Comel.

"Daiyan, tolong aku."

Terus tajam mata Daiyan Ghazi mencerlung ke arah Adeera. Rasa meluat dengar suara gedik itu. Bekas di tangan Adeera dijeling. Bibirnya automatik menyenget.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now