🃏 •BAB 26•

86.6K 5.2K 979
                                    

RAISSA terkebil-kebil memandang kawasan jalan yang dilalui mereka. Ini macam jalan...

"Kita nak ke rumah saya ke?" Raissa pusing memandang Daiyan Ghazi yang tenang memandu di sebelahnya.

"Hmm."

Balasan pendek itu buatkan Raissa rasa nak tercekik mendengarnya.

Terus dia teringatkan peristiwa di saat dia dihalau oleh Hanim. Saat dia hilang semuanya. Pada ketika itu, separuh hidupnya bagai hilang. Lenyap. Dia hilang ibu. Dan sekarang dia sudah hilang papa. Dia tak rasa dia kuat hendak menjejakkan kaki di rumah itu. Dia tak mampu...

"Raissa? Babe?" Daiyan mengeluh sebelum memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Dia kemudian menarik lembut lengan Raissa agar memandangnya. Gadis itu masih dalam dunianya. Trauma.

"Damn it! It's gonna be okay. Raissa? Kau dengar tak?!" Daiyan terus menggoncang kuat lengan Raissa sehingga gadis itu tersedar.

Terpinga-pinga Raissa memandang Daiyan Ghazi.

"It's okay. Don't be scared. Kau ada aku. Aku tak akan biarkan dia orang apa-apakan kau lagi. Okey?"

Raissa diam memandang Daiyan. Ya ke? Boleh dia percaya?

Daiyan mengeluh.

"Hurt you? Again? Hell no. That shit will never happen. They should over my dead body first." Daiyan cuba meyakinkan Raissa. Cuba memulihkan semangat gadis itu.

"This time, i want you to trust on me. Trust me. Can you?" Daiyan memandang wajah itu dengan penuh harapan.

Raissa menarik senyum. Rasanya dia dah jumpa kekuatan baru. Ya. Kekuatan baru yang jauh lebih baik.

Raissa mengangguk.

Dan dia pilih untuk percaya.









RAISSA meramas jari-jemarinya sendiri. Gemuruh. Sekali-sekala, dia menjeling Tuan Hambali yang mendiamkan diri tanpa menoleh ke arahnya. Masih dingin. Sama seperti dulu.

"Kita tunggu lagi beberapa minit. Boleh?" Daiyan Ghazi bersuara sebelum menjeling ke arah jam di pergelangan tangannya.

"Boleh. Tiada masalah."

Raissa mendongak. Memandang Tuan Hambali dan Daiyan Ghazi bersilih ganti. Tenangnya. Papa sudah tahu ke tujuan mereka ke mari?

"Ani! Ani! Mana orang tua ni?!" Bebel Datin Mona sebelum menuruni anak tangga. Masih belum sedar akan kewujudan tetamu di ruang tamu.

Langkahnya terhenti apabila terpandangkan Tuan Hambali. Matanya menyorot ke arah Raissa dan lelaki yang tenang menjeling ke arahnya.

Raissa mahu bangkit. Namun Daiyan terus menekan bahu Raissa agar duduk semula. Kepalanya digeleng sedikit. Menyuruh Raissa duduk sahaja.

Datin Mona tersenyum sinis melihat tetamu itu.

"Wah, wah. Raissa. Buat apa kat sini?" Datin Mona duduk di sebelah Tuan Hambali. Memandang dua orang itu dengan sebelah mata.

Wajah Tuan Hambali berubah riak. Macam tidak suka pun ya.

"Kau budak yang pakai kereta kancil tu kan? Buat apa kat rumah aku?"

"Mona!" Keras suara Tuan Hambali. Menyuruh Mona menghormati tetamu mereka itu.

Datin Mona mencebik.

"I tanya je. Apa budak ni buat sini?" Datin Mona memandang jelek Daiyan Ghazi. Bagai mengejek penampilan lelaki itu yang hanya memakai plain t-shirt berwarna putih dan jean lusuh. Seluar jean itu memang kelihatan lusuh. Tetapi hakikatnya Daiyan Ghazi baru beli seluar itu beberapa hari yang lalu. Saja. Buat fesyen dan buat drama.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now