🃏 •BAB 46•

93.7K 5K 505
                                    

ADEERA yang sedang melangkah ke kereta rasa diperhatikan. Langkahnya terhenti. Benar. Dia terasa diekori. Terasa diperhatikan.

Siapa?

Adeera menggeleng kepala dan terus berjalan menuju ke keretanya. Cuba abaikan perasaannya.

Baru sahaja hendak membuka pintu kereta, tangannya terasa disambar dari belakang. Terus kuat dia menjerit.

"Shh!"

Berkerut wajah Adeera apabila terpandangkan wajah lelaki di hadapannya.

"Arif! You gila ke?!" Marah Adeera. Bibirnya mula memaki hamun lelaki itu.

Tiba-tiba muncul. Buat takut aku je.

"Kau... Kau penyebab. Kau punca! Kalau bukan di sebabkan kau, aku mesti dah kahwin dengan Raissa sekarang ni!" Syed Arif bagai hilang kawalan. Fikirannya berkecamuk. Tubuhnya terhuyung hayang tidak stabil.

Kembang kempis hidung Adeera apabila bau kuat yang terbit dari Syed Arif mula mencucuk hidung. Bau arak!

"You mabuk! Dahlah. Pergi jauh dari i." Halau Adeera. Terus dia meloloskan lengan dari pegangan Syed Arif.

"Kau nak lari ke mana lagi, Adeera?" Syed Arif mencengkam rahang Adeera.

"Apa ni? I nak lari apanya? Lepaslah!" Wajah Adeera mula berkerut sedikit. Terasa sakit rahangnya dicengkam lelaki itu.

"Diamlah perempuan!" Jerkah Syed Arif saat Adeera meronta-ronta mahu melepaskan diri.

"Sakitlah. Lelaki tak guna!"

Pang!!!

Adeera terundur ke belakang saat pipinya terasa ditampar kuat sehingga wajahnya tertoleh ke tepi.

"You gila! Padan muka you sebab perempuan tu tak hadap pun muka you. Urgh!"

Syed Arif semakin berang mendengarnya. Tangan mencapai kayu di atas jalan sebelum dilayang kuat ke kepala Adeera.

"Argh!" Adeera terus jatuh terjelepuk tidak sedarkan diri.

Syed Arif ketawa jahat melihat Adeera yang kaku tidak bergerak itu.

Kau buat aku.

Aku buat kau.

Baru adil.










DAIYAN GHAZI menyarung t-shirt putih plain ke tubuh tegapnya. Rambutnya yang masih lembap di biar serabai.

Tiba-tiba bibirnya menarik senyum nipis apabila teringatkan pemilik hati yang bertapa dalam bilik mandi dari tadi. Entah buat apa agaknya di dalam tandas tu.

Raissa Nurrana.

Indahnya perasaan ini.

Pintu tandas terkuak dari dalam. Terjengul kepala Raissa Nurrana. Mata Raissa menjeling katil yang kosong itu sebelum dia merasa lega.

Fuh.

Daiyan Ghazi memeluk tubuh memandang gelagat isterinya yang masih belum perasan akan dirinya. Lega ya sayang?

Raissa Nurrana perlahan-lahan melangkah keluar dari tandas. Cepat-cepat dia pusingkan tubuh. Nak larikan diri ke dalam walk-in closet laju-laju. Now or never!

Gedebuk!

"Aduh!" Raissa menggosok dahi yang menghentam kuat sesuatu yang menghalang laluannya.

Mengeras tubuh saat tersedar akan susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapannya itu. Perlahan-lahan kepala didongak. Memandang wajah lelaki itu.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now