🃏 •BAB 57•

75.2K 4.9K 1.6K
                                    

SEMUA di situ terdiam memandang Raissa yang sedang memeluk Daiyan Ghazi dari luar bilik wad.

Tengku Sumayyah memandang risau dua orang kesayangannya itu.

"Aryan, kenapa dengan Raissa? Dia sihat ke?" Risau.

Aryan yang dari tadi hanya menunduk terus angkat kepala. Sofea dan Ilham berpandangan sesama sendiri sebelum menundukkan kepala semula.

"Raissa demam. Tapi dia sudah okey sikit sebab tadi dah pergi check di klinik. Cuma..." Aryan teragak-agak mahu beritahu Tengku Sumayyah. Dia sempat menjeling Ilham dan Sofea. Masih berkira-kira jika ini masa yang terbaik untuk memberitahu berita gembira itu.

Sofea mengeluh. Dia terus menyenggol lengan Ilham. Dia pun tak tahu nak beritahu ke tidak.

Ilham terus tegakkan tubuh.

"Raissa mengandung."

Tengku Sumayyah terus menutup mulut dengan tangan. Berita apakah...

"Ya Allah! Abang, menantu kita mengandung." Tengku Sumayyah tersenyum lebar memandang wajah Raja Eiskandar Ghazi yang turut sama terkejut mendengar berita itu. Terkejut. Tetapi mereka betul-betul rasa gembira.

"Kita nak dapat cucu. Ya Allah alhamdulillah! Tapi kenapa..." Kata-kata Tengku Sumayyah terhenti saat terpandangkan tubuh kecil Raissa yang terhinjut-hinjut itu dari jauh.

"Dia gembira cuma dia takut. Dia rasa dia terima berita gembira ni pada masa yang tak sesuai." Terang Ilham. Tenang sahaja wajahnya ketika itu.

Allah!

Tengku Sumayyah dan Raja Eiskandar Ghazi mengeluh. Ya Allah! Kasihannya menantu aku.

"Siapa yang mengandung?" Suara garau itu buatkan fokus semua terganggu. Automatik semua mengalih pandang ke arah lelaki dan perempuan yang tadinya hanya diam berdiri dari jauh.

Tuan Haidil dan Areeda.

"Siapa yang mengandung? Sofea?" Tanya Areeda pula. Serius sahaja wajahnya.

"Raissa kak. Raissa mengandung." Ujar Sofea. Dia memandang pelik lelaki di sebelah Areeda.

Areeda ternganga. Terus dia memandang Haidil di sebelah.

Haidil terkejut. Dia terus melangkah ke pintu wad itu. Namun Aryan pantas menghalangnya.

"Buat masa sekarang, biarkan adik encik tenang dulu." Ujar Aryan perlahan. Harap Haidil faham.

Diam.

Membulat mata Sofea. Adik? Adik apa?

Haidil mendengus kasar sebelum dia mengundur dan terus melangkah pergi.

"Tuan Haidil! Where the heck you're going?" Tanya Areeda apabila lelaki itu tiba-tiba mahu pergi.

Haidil menarik nafas dalam-dalam. Matanya mencerun lembut memandang wajah Areeda.

"Saya nak ambil ibu saya. Awak tunggu sini."

Haidil terus berlari-lari anak mendekati lif.

Ini masa yang terbaik.

RAISSA melangkah keluar dari wad peribadi itu. Mahu menenangkan fikiran yang agak bercelaru.

Kakinya terhenti saat tersedar akan pandangan-pandangan yang dilempar ke arahnya. Terus dia angkat kepala.

Sunyi sepi. Matanya berlanggar dengan pandangan mata coklat cair perempuan dihadapannya. Mata itu...

Persis matanya.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now