🃏 •BAB 55•

85.9K 4.5K 652
                                    

ADEERA memeluk tubuhnya. Sudah berkali-kali dia berulang-alik di dalam biliknya sendiri. Rambutnya berserabut. Biliknya bersepah. Dia berang. Rasa terhina sungguh dia setiap kali teringatkan kata-kata Daiyan Ghazi siang tadi.

"Argh!" Adeera menarik-narik rambutnya sendiri sebelum dia menolak barang-barang kosmetik di atas meja solek. Jatuh berderaian semuanya.

Tak puas hati.

Ya. Dia sungguh tak puas hati!

"Kau ingat isteri kau tu bagus sangat ke?" Adeera ketawa sinis sebelum menyeringai jahat. Terus lantang hilaian tawa jahatnya berbunyi di rumah agam Tuan Hambali.

Seketika kemudian Adeera terdiam. Dia terduduk di atas lantai sebelum mengecilkan diri di penjuru bilik. Tubuhnya menggigil. Tangan naik mencengkam rambutnya sendiri.

"Jangan... Jangan..."

Bagai seorang pesalah yang menanti hukuman. Dia menggigil ketakutan. Tangan menyentuh perlahan perutnya yang masih kempis.

"Jangan..." Airmata jatuh mengalir ke pipi. Terhinjut-hinjut bahu bersama tangisan yang semakin memberat.

"Sampai hati kau..." Adeera menyeringai dan terus terlepas tawa sinis dari bibirnya.

Gila.

Dia gila.

Dia memang gila.

"Kau akan mati! Itu janji aku."








RAISSA NURRANA menjengulkan kepala dari daun pintu. Mengintai sedikit Daiyan Ghazi yang sedang khusyuk dengan permainan videonya. Hmm.

Mesti dia tak perasan tu.

Emm.

Raissa senyum. Perlahan-lahan kaki di atur mendekati Daiyan Ghazi. Terjingkit-jingkit kakinya. Nak buat apa?

Saja nak kacau hubby kesayangan main game.

Berkerut dahi Daiyan Ghazi apabila samar-samar kelihatan ada lembaga menyusup masuk ke dalam bilik peribadinya melalui pantulan di skrin. Bibirnya automatik menyenget sedikit. Awek tu tengah tunjuk effort. Biarlah dia. Tak sampai hati nak jadi spoiler.

Raissa perlahan-lahan mendekatkan tangan dengan bahu Daiyan Ghazi.

Satu...

Dua....

Tiga!

"Baaa!" Raissa senyum jahat.

"Oh mak kau. Aaaa terkejutnya!" Daiyan Ghazi berkata. Langsung tidak bernada dan selamba. Mata masih melekat pada skrin dan tangannya masih ligat memegang mouse dan papan kekunci.

Termuncung bibir Raissa mendengarnya.

Tak jadi prank sudah.

"Sampai hati abang." Raissa mencebik sebelum dia naik duduk di atas meja sebelah Daiyan Ghazi.

Daiyan menjeling Raissa sesaat. Dia memang pantang kalau orang duduk atas meja. Tapi kalau orang tu adalah si buah hati pengarang jantungnya sang bidadari pemilik tulang rusuk dan...

Ok terlalu panjang ya? Kita pendekkan.

Kalau Raissa Nurrana orangnya. Dia biarkan sahaja.

Well.

She have that VVVIP past ticket right in my heart...

Gitu~

"Memang pun. Rana memang dah lama sampai dalam hati abang." Daiyan Ghazi melirik matanya memandang Raissa sesaat sebelum sebelah mata dikenyit nakal.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now