🃏 •BAB 19•

74.7K 4.9K 579
                                    

TUAN RAJA?

Raja Daiyan Ghazi?

Maksudnya Daiyan Ghazi la Tuan Raja tu. Ya Allah! Kenapa aku tak dapat pickup dari semalam dari? Kenapa kau lambat loading Raissa oii!

Oh my.

Haru birulah hidup aku nanti.

"Kenapa cari aku?" Suara garau itu buatkan Raissa tersedar dari lamunannya.

"Tadi Gee ada beritahu saya yang Ming ajak budak-budak Ahn dengan Henry untuk adakan perlawanan persahabatan. Alpha. Macam mana Tuan Raja?"

Daiyan Ghazi diam. Wajahnya berkerut sedikit.

"Perlawanan persahabatan?" Ketawa kecil meletus di bibirnya. Kelakar betul Si Ming tu.

"Aku tak kisah. Suka hati Ahn. But make sure, they're not too open. Simpan sikit rahsia. Jangan sampai Ming dapat baca."

Ferhad mengangguk mendengarnya

"Baik Tuan Raja." Terkelip-kelip mata Ferhad memandang Raissa dan Daiyan Ghazi bersilih ganti.

"Aku nak kidnap dia." Daiyan Ghazi bersuara. Tenang. Terkejut Raissa mendengarnya.

"Okey tuan. No hal. Tapi jangan kidnap dia ke tempat lain pula." Usik Ferhad. Bibirnya tersenyum nakal.

"Aku tahulah. Kau ingat aku ni firaun sangat ke. Dah lah pergi makan sana. Nanti tak dapat makan, membebel, mengadu kat awek kau yang aku tak bagi kau makan."

Ferhad sengih. "Baik tuan."

"Raissa jom. Kau nak belanja aku makan kan?" Daiyan Ghazi tersenyum sinis sebelum berjalan melepasi Raissa.

"Dia... majikan awak ke?" Bisik Raissa. Ferhad memandang pelik gadis itu.

"Ya. Dialah Tuan Raja. Kenapa cik? Cik terngorat Tuan Raja eh?" Ferhad kecilkan mata memandang Raissa. Senyum nakal.

Raissa terkejut apabila lengan baju kurungnya ditarik lembut. Terkelu dia apabila melihat tangan berurat itu mencengkam elok lengan bajunya.

"Kau ni lambat lah."

Raissa diam. Bagai lembu dicucuk ekor. Dia mengikut sahaja langkah kaki Daiyan Ghazi.

"Ehh sekejap!" Raissa merentap lengannya.

Teejongket sebelah kening Daiyan Ghazi memandang gadis itu.

"Tak apalah. Encik... Err tuan... Maaf. Tuan Raja guna je lah private lift tuan. Saya guna lif biasa. Nanti kita jumpa kat bawah." Raissa tersenyum janggal.

Daiyan Ghazi hanya diam. Pelik betul minah ni. Perempuan lain selalu termimpi-mimpi nak naik private lift dengan aku. Sampai mengigau. Dia tak nak pula. Tolak tuah betul.

"Excuse me." Apabila melihat Daiyan Ghazi diam tanpa reaksi, Raissa terus menyelinap masuk ke dalam lif di sebelahnya yang kebetulan masa itu terbuka.

Raissa tersenyum lega sebaik sahaja memboloskan tubuh ke dalam lif. Fuh.

"Awak semua nak pergi ground floor ke?" Tanya Raissa memandangkan dia sahaja yang berdiri berdekatan tombol-tombol lif. Pekerja-pekerja di dalam lif itu tersenyum dan mengangguk.

Raissa senyum. Cepat-cepat dia menekan tombol G.

Pintu lif yang baru hendak tertutup itu tiba-tiba terbuka kembali. Raissa memandang pelik kasut hitam berkilat yang menghalang pintu lif dari tertutup.

Wajah Daiyan Ghazi terpampang di hadapan mata. Suasana dalam lif terus senyap sunyi. Menikus semua dengan kehadiran manusia itu.

Raissa terkaku sama.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now