🃏 •BAB 36•

88.8K 4.9K 512
                                    

RAISSA NURRANA memandang sekeliling yang terasa sunyi. Selalunya kalau hari cuti seperti ini, Daiyan Ghazi pasti duduk di rumah. Tetapi sejak dua menjak ini, lelaki itu lebih selesa bersendirian. Kadang kala satu hari tu langsung tidak bercakap dengannya.

Raissa nanar. Kenapa dengan lelaki itu sampai berubah seperti ini?

"Kau dengan Daiyan okey ke?"

"Okey je. Alhamdulillah. Kenapa kau tanya?"

"Jangan letak harapan kat suami kau tu."

"Apa maksud kau Sofi?"

"Tak ada apa-apa. Cepat habiskan. Lepastu kita balik. Perut aku rasa nak meletup dah."

Dia tahu Sofea ada memaksudkan sesuatu. Tetapi dia kurang jelas inti tersiratnya. Bukan kurang jelas tapi tak faham langsung. Apa yang cuba Sofea sampaikan?

"Daiyan?"

Diam. Tiada sahutan.

Raissa membuka pintu bilik tidur mereka.

"Daiyan..." Kosong. Langsung tiada tanda Kewujudan makhluk Allah di dalam bilik itu.

Mana dia pergi?

Raissa mengundur ke belakang sedikit. Pintu bilik di tutup semula.

Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu di belakangnya. Terkejut. Entah bagaimana, kakinya tersadung sesuatu dan hampir jatuh tersungkur ke hadapan.

Oh no!

Tiba-tiba ada tangan mengelilingi pinggangnya. Raissa terkedu. Terus tertelan liur dia melihat tangan di pinggangnya. Menahannya daripada jatuh.

"Why are you looking for me, hmm?" Suara yang berbisik betul-betul di sebelah cuping telinganya membuatkan wajah Raissa rasa membahang.

"Ta... tak ada apa."

Terasa hangat nafas lelaki itu menerpa lehernya. Membuatkan sekujur tubuh Raissa mengeras.

"I miss you." Perlahan suara garau itu berkata.

Suasana bertukar hening dan sunyi. Raissa hanya membiarkan sahaja lelaki itu memeluk pinggangnya. Malu tapi dia suka.

Ahh gila!

"Kau keluar pergi mana tadi?" Tanya Daiyan Ghazi.

"Jumpa Sofea."

Daiyan Ghazi angguk perlahan.

"Awak okey."

"Tak." Raissa terus memandang wajah di sisi kepalanya. Lelaki itu merehatkan kepala di atas bahunya.

"Kenapa? Awak sihat tak?" Tangan Raissa naik merasa dahi Daiyan Ghazi.

Hangat.

"Awak demam ni Daiyan."

"Ye ke?" Daiyan Ghazi angkat kepala. Tangannya yang melingkar di pinggang Raissa tadi naik merasa dahinya sendiri.

"Entahlah. Ye kut. Aku jarang demam." Daiyan Ghazi angkat bahu. Selalunya kalau dia demam pun dia buat bodoh je. Dia pun bukannya jenis yang mengada kalau demam. Untung Raissa dapat aku.

"Ambilkan jaket jean aku." Raja Daiyan Ghazi berkata seraya membetulkan baju loose shirt yang tersarung di tubuhnya.

"Sekejap." Raissa terus meloloskan diri ke dalam walk-in closet di biliknya. Mencapai jaket jean yang dimahukan Daiyan Ghazi dan kembali kepada lelaki itu.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now