🃏 •BAB 14•

69.5K 4.5K 173
                                    

RAISSA NURRANA tersenyum sahaja saat diperkenalkan kepada pekerja-pekerja syarikat. Ada yang tersenyum lebar memandangnya. Ada juga yang menjelingnya tajam. Ada yang jelas menunjukkan mereka tak suka melihatnya. Tapi tidak ramai.

"Saya nak tanya cik. Kenapa cik tak nak kerja di bawah Tuan Hambali?" Tanya Stella ketika mereka berjalan beriringan menuju ke meja yang sudah disediakan untuk Raissa.

"Entahlah. Saya nak bermula dari bawah. Saya kan still baru. Takkanlah masuk-masuk terus nak kerja yang tinggi-tinggi. Tak adil macam tu." Balas Raissa. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.

Walaupun jawapan sebenarnya adalah...

Saya tak minat lah business ni. Jadi mungkin ini diantara cara supaya dia tak serius dalam bidang ini.

"Oh. Tapi kalau cik Adeera mana nak kerja bawahan macam ni. Betul tak? Dia tu sudahlah banyak songeh." Mencebik bibir Stella. Nampak benar dia tak suka dengan Adeera.

"Shhh. Nanti orang dengar." Bisik Raissa. Stella senyum melihat Raissa.

"Dan kenapa cik tak nak orang tahu cik anak Tuan Hambali? Kalau saya, saya bangga gila punya daddy macam Tuan Hambali." Bisik Stella.

Raissa senyum sahaja. Nasib baik orang tak dengar.

"Dan ini meja cik. Saya yang kosongkan meja ni tau. Khas untuk cik." Stella berdiri di sebelah meja yang kosong. Dan bersih. Meja tingkat kecil di hujung meja penuh dengan barangan yang diperlukan. Ada stapler, marker, pen, penebuk lubang dan sticky note pun ada.

"Terima kasih Stella."

Stella senyum. "You're most welcome."

"Hai. Awak pekerja baru eh?" Pekerja lelaki di meja berhadapan dengan Raissa tersenyum menegur Raissa.

"Ya saya."

"Oh. Hai. Nama saya Alif." Lelaki bernama Alif itu masih tersenyum.

"Ulat bulu dah naik daun dah!" Laung wanita yang duduk di meja paling hujung. Ada ketawa kecil mengiringi kata-kata itu. Mesti semua dah masak gila dengan perangai lelaki itu.

"Kau jangan hiraukan budak ni dik. Menggatal gedik je kerjanya."

"Entah. Pantang betul nampak budak baru cantik sikit. Mulalah tu. Dasar Alif!" Dua orang perempuan di meja sebelah dan belakang berbunyi.

Wajah Alif tak usah dikata. Cemberut habis.

"Sudah. Semua buat kerja."

Raissa senyum sahaja melihat wajah peramah Stella sudah berubah tegas dan berkarisma.

"Saya minta diri dulu cik." Stella berlalu meninggalkan Raissa selepas itu.

Raissa perlahan-lahan duduk di atas kerusi empuknya. Bibir tersenyum lebar. Raissa mengambil satu buku nota comel berbunga-bunga yang tersusun di atas meja. Buku dibuka. Masih kosong. Kata Stella, biasanya hari pertama tiada kerja sangat.

Daripada mati kutu sebab bosan, baik melukis kan.

"Hei!" Tiba-tiba ada tangan makhluk menghentak kuat atas meja Raissa. Ternaik bahu Raissa. Terkejut punya pasal. Mak cik tak reti bagi salam ke?

"Kau ni siapa eh? Bukan main PA Tuan Hambali turun semata-mata nak kenalkan kau."

Raissa terdiam. Itupun nak nampak pelik ke?

"Stella yang tolong saya dapatkan kerja kat sini."

Wanita itu terangguk-angguk. "Ooo. Kau guna orang dalamlah ni semata-mata nak dapat kerja?"

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now