🃏 •BAB 1•

94.6K 5.2K 472
                                    

RAISSA NURRANA menunduk kepala. Malu apabila dia menjadi tumpuan rakan-rakan sekelasnya. Semua mata melekat memandangnya. Mahu mengalir air mata ketika ini.

"Kamu lambat lagi, Raissa Nurrana!"

Semakin menunduk Raissa Nurrana. Tak mahu dia pandang wajah menyinga Madam Atisya.

Raissa Nurrana terpandangkan wajah kakak tirinya yang tersenyum sinis dengan mata melekat ke arahnya. Senyuman mengejek itu benar-benar buruk di pandangan matanya. Angkara kakak tirinya itu, dia lambat ke sekolah hari ini. Lagi! Mesti rekod persekolahannya sudah buruk gila.

"I'm sorry, madam." perlahan suara Raissa. Kepala tidak berani untuk mendongak.

"You're sorry? You late for thirty three minutes Raissa. Apa nak jadi awak ni?"

Raissa diam.

"Sebagai hukuman untuk lagi dua puluh tujuh minit masa yang masih tersisa ni, saya nak awak berdiri di sana." Raissa Nurrana tak banyak bicara. Kakinya di atur ke penjuru kiri dihadapan kelas. Diam tubuhnya berdiri di situ. Ada suara-suara kecil berbunyi. Pasti mengata Raissa Nurrana.

Madam Atisya kembali mengajar semula. Raissa Nurrana tidak dipeduli bagaikan gadis itu tidak wujud sahaja di situ.

Raissa mengelap airmata di ekor mata. Tak mahu dia menangis lebih-lebih lagi. Buat malu sahaja nanti.

"Assalamualaikum."

Wajah Raissa Nurrana berubah pucat melihat pengetua yang berdiri tegak di hadapan pintu kelas 5 Hang Tuah ini. Automatik dia mengecilkan tubuh di penjuru kelas.

Jangan nampak aku.

Jangan...

"Waalaikumsalam."

"Atisya, ni budak baru tu."

"Oh ni ke. Eh masuklah dulu, cikgu." Madam Atisya menjemput pengetua masuk.

Pantas Raissa Nurrana mengecilkan tubuh di penjuru. Ya Allah, janganlah pengetua masuk!

"Tak apalah. Aku hantar budak ni je. Banyak lagi kerja nak buat ni."

Madam Atisya tersenyum. Raissa terus menghela nafas lega.

"Awak masuklah." Madam Atisya menggamit pelajar baru itu.

Raissa Nurrana pantas mendongakkan kepala apabila ada satu susuk lalu dihadapan melepasinya. Automatik mata tak terkelip memandang langkah pelajar barh itu. Tersusun dan penuh maskulin setiap langkahnya.

"Wuuu." pelajar perempuan di dalam kelas itu sudah tersenyum-senyum dan berbisik-bisik melihat ahli baru kelas neraka itu. Hot woo!

"Perkenalkan diri awak."

Raissa yang tersedar dari asyik menenung pelajar lelaki itu pantas mengalih pandang. Mata sekali-sekala menjeling-jeling pelajar tersebut. Entah kenapa tetapi pelajar tu macam...

Menarik?

"Hai. Nama saya Daiyan Ghazi." pendek sahaja salam perkenalannya. Tubuh tingginya dibongkokkan sedikit ke arah pelajar dan Madam Atisya.

Raissa memandang lelaki itu dari belakang. Entah mengapa bagai ada tarikan magnet dari lelaki itu yang membuatnya asyik-asyik nak pandang.

Astaghfirullah!

Jatuhkan pandanganmu wahai Raissa Nurrana. Jatuhka...

Erk!

Terus mengeras tubuh Raissa apabila lelaki itu berpaling ke belakang dan memandangnya. Diam seketika. Raissa pandang lelaki tu, lelaki tu pandang dia.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now