🃏 •BAB 49

78.1K 4.4K 336
                                    

SUASANA sepi. Hanya mata-mata mereka di dalam bilik itu diam memandang lima gambar orang lelaki yang dilekatkan di dinding.

Daiyan Ghazi hanya diam melihat nama-nama itu.

Ahmad Bin Azali.

Raqib Reykal @ Aroi.

Aizzad anak Hashim @ Ajad.

Raakim anak Sarih @ Keem.

Ming Khai @ Kai

"Ini adalah nama-nama mereka yang berada di bawah Tuan Ahmad kecuali Kai. Kai informan kita. Dan berdasarkan informasi yang diterima dari dia, anak-anak buah Tuan Ahmad mungkin lebih banyak dari yang dijangka. Sebab dia pun tak pasti berapa ramai budak bawah Tuan Ahmad sebenarnya." Ujar Izyan Nisyara.

"Dia mula berjinak-jinak dengan lanun dari laut china selatan sejak setahun yang lalu. Berdasarkan siasatan kami, dia telahpun mengaut keuntungan berjuta-juta dan dikongsi bersama rakan pakatan baharunya." Malek bangun dari duduknya dan menampal satu kertas di sebelah wajah Tuan Ahmad.

"Ini adalah lanun yang membuat pakatan bersama Ahmad. Roberto nama dia. Kami pernah mencari identiti sebenar dia namun gagal kerana dia menggunakan nama palsu. Ada yang mengatakan dia dari Filipina tetapi ada juga mengatakan yang dia dari semenanjung Malaysia. So his real identity is still unknown." Malek menjelaskan pula tentang lelaki yang berpakatan dengan Tuan Ahmad.

"Jadi macam ni, saya dan Emir akan berjalan dari arah barat pasar seni manakala Malek dan Bella akan berjalan dari arah bertentangan kami. Ilham dan Daiyan bersedia. Kami mungkin perlukan anda untuk merentas panggilan mereka bila-bila masa sahaja." Izyan Nisyara membuka zip jaket kulitnya. Jaket kulit itu ditanggalkan sebelum dia mencapai satu loose cardigan di sebelahnya. Ikatan rambut juga dibuka dan rambutnya dibiar lepas tidak berikat.

"And be aware with person who wears dark blue jeans with black hoodie. Mereka bersama kita."

Emir memandang Daiyan dan Ilham. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia rasa berat hati untuk berada bersama Izyan Nisyara.

"Saya dengan... cik? Ta... tapi ke... napa saya?" Tanya Emir.

Izyan Nisyara memeluk tubuh dan memandang wajah Emir.

"Because you are the right person for me. Simple."

Emir ternganga mendengarnya. Orang yang mendengar mesti salah faham. Terus dia memandang orang-orang di sekelilingnya. Tenang. Maksudnya mereka tak faham. Aku je yang overthinking sampai pluto. Fuh!

Daiyan Ghazi bangkit dari duduknya. Wajahnya dingin memandang Izyan Nisyara.

"If we. No. I was wrong. If 'you' failed to catch him. Then there is no longer help from me for you." Daiyan menjeling tajam Izyan dan Malek sebelum dia berjalan keluar dari bilik itu. Terasa sempit rasa hendak bernafas.

Ya. Kalau perempuan tu gagal. Memang tak lah aku nak tolong lagi.

Once is enough...









RAISSA NURRANA teragak-agak hendak menekan loceng di rumah besar itu. Lama dia berada di hadapan rumah agam milik Tuan Hambali itu.

Dia rindu akan ayahnya. Sudah lama mereka tidak bersua muka. Apalah khabar Tuan Hambali agaknya

"Cik Puan? Cik Puan okey ke?" Aryan menegur Raissa Nurrana yang masih diam tercegat di tempatnya.

"Oh ya. Saya okey." Raissa Nurrana senyum. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum punat loceng ditekan.

Pintu pagar besar di hadapannya terbuka secara automatik. Bagai menyambutnya.

"Awak nak ikut saya masuk? Mungkin saya akan ambil masa. Kita masuklah dulu ya." Pelawa Raissa Nurrana. Tetapi Aryan hanya menggeleng kepala.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now