🃏 •BAB 4•

73.7K 4.9K 1.1K
                                    

     RAMAI berpandangan sesama sendiri melihat pelajar lelaki yang laju berdesup berlari dengan tangan menggenggam erat baton di tangan. Siapa sangka Ilham yang nampak sempoi, nerd, poyo dan geli-geli macam tu boleh lari pecut punyalah laju. Dah macam atlet kebangsaan pun ada. Laju! Kaca matanya pula sudah berenang di sungai sana mungkin. Aura Ilham berubah 360 darjah.

Kawasan khemah penyokong semakin gamat dengan sorakan. Semuanya masih bersemangat menyokong rumah pasukan masing-masing.

Ilham masih laju memecut. Meninggalkan tiga peserta lainnya. Daiyan Ghazi sudah bersedia. Tangan dihulur ke belakang. Sorakan bergema apabila baton pasukan Laksamana bertukar tangan. Sebaik sahaja baton bertukar tangan, Daiyan Ghazi terus memecut laju. Rambutnya yang bagai melompat sama membuatkan dia nampak lagi macho.

Dan seperti yang sudah dijangka. Daiyan Ghazi menang mudah menewaskan peserta lain apabila kakinya sudah selamat melepasi garisan penamat.







RAISSA NURRANA senyum. Menumpang rasa gembira. Baru tadi, Daiyan Ghazi menyumbang pingat emas untuk pasukan Laksamana dalam acara 1500. Wajahnya berpeluh dan pucat. Namun bibir masih tersenyum. Manis. Indah.

"Akan berlangsungnya acara 1500 perempuan lapan belas tahun. Para peserta diminta bersedia."

Hilang terus senyuman di bibir Raissa. Ya Allah! Akibat terlalu leka dengan orang lain, diri sendiri dilupakan. Terus rasa ada peluh dingin mengalir. Menggigil tubuh. Tangan sejuk dan berpeluh. Mata meliar mencari kelibat Sofi. Mencari kekuatan. Tak jumpa!

Nak menangis rasanya. Huwaa.

Raissa duduk diam dalam barisan peserta. Dada berdebar. Nafas dihela selesa. Meminta jantung agar bertenang.

"Rumah Laksamana. Raissa Nurrana Tuan Hambali?" Raissa tersentak. Laju-laju kepala mengangguk. Sofi mana kau? Aku takut...

Tiba-tiba bahunya dicuit perlahan dari belakang. Lambat-lambat Raissa menoleh. Berkerut dahinya melihat kaki panjang berseluar trek adidas di hadapannya. Macam kenal. Kepala di dongak.

Gulp...

Tepat sangkaan. Ternganga kecil Raissa Nurrana melihat lelaki yang sudah menukar baju sukan sekolah itu. Daiyan Ghazi?

"Daiyan?" tanya Raissa. Bagai bermimpi. Tak percaya melihat lelaki itu berdiri di sebelahnya.

Tanpa kata, Daiyan Ghazi terus mencangkung di sebelahnya. Mata gelap itu memandang wajah Raissa.

"Forget your bad memories. It was history. They all toxic... Now you're in reality. Think about your future. Create the victory you want." usai memberikan kata-kata hikmah, botol air mineral di hulur kepada Raissa. Raissa masih blur. Masih tak dapat menangkap maksud setiap butir kata-kata Daiyan Ghazi. Botol air yang dihulur dipandang kekok. Panas tiba-tiba. Mengalahkan panas matahari terik.

Daiyan berdecit malas. Jari telunjuk dan ibu jari menarik perlahan lengan baju Raissa. Memaksa gadis itu menyambut botol air di tangan.

Raissa rasa malu. Terus di sambar botol air itu. Dapat dia dengar degupan jantungnya yang melaju di gegendang telinga. Janganlah dia dengar!

"I think i have to wish you good luck?" Daiyan memeluk tubuh dan terus berlalu lepas tinggalkan pesanan. Dengan ayat dan muka kereknya. Cis.

Raissa menekup perlahan pipi yang rasa panas. Budak tingkatan empat dihadapan yang merenungnya dipandang kekok. Lambat Raissa senyum janggal. Malu. Mesti nanti orang salah faham.

Okay aku haus!

Air mineral terus di teguk rakus. Sejukkan tekak yang kering tiba-tiba. Ada guna rupanya lelaki itu memberinya air. Fuh.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now