🃏 •BAB 32•

97.3K 4.9K 548
                                    

RAISSA berjalan selangkah demi selangkah mengekori Daiyan Ghazi. Bibirnya tersenyum lebar apabila berjaya menuruni tangga walaupun Daiyan Ghazi sudah berada di ruang tamu. Melihatkan lelaki itu sudah berjalan menuju ke pintu, cepat-cepat Raissa berjalan ke arah Daiyan Ghazi.

Tersengih lebar Raissa Nurrana sebaik sahaja dapat menyaingi langkah kaki panjang itu.

Gedebuk!

Raissa terus menggosok dahi yang terlanggar belakang tubuh tegap itu. Aduhh!

"Ehem! What are you doing here ma'am?"

Lambat-lambat Raissa angkat kepala. Terkebil-kebil mata bulatnya memandang wajah beku Daiyan Ghazi yang memeluk tubuh. Mata coklat tua itu mencerun memandangnya.

"Errr. Hantar awak kerja?"

Daiyan Ghazi menggeleng perlahan sebelum mencampak briefcase miliknya ke atas sofa.

"Daiyan saya..." Raissa terus terkelu apabila Daiyan Ghazi memeluk lututnya.

"Daiyan!" Menjerit kecil Raissa apabila terasa kakinya tidak jejak lantai lagi. Perutnya terasa bersentuh dengan bahu lelaki itu.

Gulp...

Tertelan liur Raissa apabila melihatkan jaraknya dan lantai. Tinggi weh. Takut.

"Awak. Nanti saya jatuh!" Raissa memejam matanya. Rapat.

"I'll let myself fall before you do, sayang. Trust me." Raissa Nurrana terus mendiamkan diri.

Percaya.

Pintu bilik dibuka dan langkah kaki panjang itu diatur ke arah katil. Perlahan-lahan tubuhnya didudukkan di atas katil empuk itu.

Daiyan Ghazi memandang dalam wajah Raissa Nurrana. Tangannya diletak di kiri dan kanan sebelah peha isterinya.

"Listen to me, Raissa. This time, obey me is a must. No say no. First, jangan turun ke bawah. Second, jangan merayap tak tentu pasal. And third, jangan keluar dari bilik ni. Understood?"

"Tapi saya..."

"Obey me is a must."

"Tapi nanti saya bosa..."

"No say no." Daiyan Ghazi menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Mata masih menentang anak mata Raissa Nurrana.

Raissa Nurrana mengeluh. Bibirnya termuncung sedikit.

"Okay. Saya tak turun bawah." Raissa Nurrana menarik senyum. Dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan melanggar arahan lelaki itu.

"Good girl." Daiyan Ghazi menggosok rambut bak sutera itu. Raissa sengih sebelum tangan naik menyikat rambut dengan jemari runcingnya.

Gulp...

Mengeras tubuhnya apabila tiba-tiba wajah kacak Daiyan Ghazi berada betul-betul di hadapannya. Tidak terkelip mata bulatnya memandang senyuman misteri yang terukir di bibir merah hati lelaki itu.

Telan liur dia.

"Err. Awak tak... nak pergi kerja ke? Atau awak nak saya hantar ke... ke pin...tu?" Tergagap-gagap Raissa berkata. Perlahan-lahan dia mengundur sedikit ke belakang.

Seram sejuk dia dengan pandangan mata coklat gelap itu. Menghangatnya.

Terkejut Raissa apabila ada tangan merangkul pinggangnya.

"Aa... awak..."

Terus terkelu Raissa apabila ada sesuatu menindih bibirnya. Lembut. Hangat.

Diam. Menggigil rasa tubuhnya. Dibiar sahaja lelaki itu mendominasi suasana.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now