🃏 •BAB 37•

86.9K 4.5K 538
                                    

TUBUH yang tersarung kebarung songket keemasan dan warna merah hati itu dipandang tajam. Tidak lepas mata coklat tua itu memandangnya.

Raissa cuba gigit bibir tapi dihalang oleh Alya.

"Jangan cik puan. Nanti gincu cik puan hilang."

Sumpah.

Raissa Nurrana rasa tidak selesa benar sekarang ni. Entah apa dipakaikan Alya kat kepalanya pun dia tak tahu. Yang dia tahu benda alah tu macam greek gold crown yang bentuk macam daun tu dan veil panjang berwarna merah keemasan.

Tangannya bukan main dipakaikan gold tattoo. Mula-mula risau juga takut benda tu tak boleh hilang. Dah nama pun tattoo. Tapi nasib baik senang hilang kata Alya. Alya siap tunjukkan demonstrasi lagi macam mana nak hilangkan gold tattoo itu. Fuh nasib baik.

"Tuan Raja jangan pandang macam tu. Saya yang tengok ni pun naik segan." Alya mengusik Raja Daiyan Ghazi yang masih tidak lepas memandang isterinya dari tadi.

Daiyan Ghazi senyum nipis mendengarnya. Tapi tak lama sebelum wajahnya kembali kosong.

"Tinggalkan kami sekejap."

"Bereh boh!" Alya angkat tabik sebelum melangkah keluar dari bilik hotel mewah ini.

Raissa Nurrana tidak selesa. Terus dia kembali memandang cermin besar disebelahnya. Wajahnya nampak lebih cantik. Solekan tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis juga. Tapi cukup buatkan Raissa rasa rimas.

Bukan main dia bantah semua benda tadi. Bulu mata palsu dia tolak. Gincu merah aum dia tolak. Semuanyalah.

Cukuplah dengan solekan ini. Takyah nak tebal-tebal sangat. Bukannya lawa mana pun.

Raissa memandang pula baju di tubuhnya. Cantik. Tapi agak menonjolkan bentuk badannya. Tapi nasib baik tidak ketat.

Tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Raissa terus angkat kepala.

Daiyan Ghazi.

Membulat mata Raissa melihat ke arah Daiyan Ghazi membawanya. Katil!

Gulp...

Dia nak buat apa?

"Duduk." Arah Daiyan Ghazi.

"Haa?" Raissa blur. Dia cakap apa tadi?

Itulah kau. Berangan lagi kan.

Daiyan Ghazi senyum sesaat sebelum tubuh kecil Raissa ditolak sehingga terduduk di atas katil empuk itu.

Tanpa kata, kaki mulus isterinya dicapai sebelum kasut tumit tinggi berwarna merah hati disarung di kaki itu. Lembut dan penuh tertib sahaja caranya.

Like a real definition of gentleman.

Raissa menundukkan kepala melihatnya. Tanpa dia sedar, bibirnya mengoyak senyum. Senyuman manis.

My hearts flutters!

"So! You think you can walk on these high heels?" Daiyan Ghazi mendongak. Redup matanya menyapa pandangan Raissa Nurrana.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now