🃏 •BAB 65•

97K 4.7K 894
                                    

DAIYAN GHAZI melangkah keluar dari keretanya sebelum dia bergerak membukakan pintu kereta untuk Raissa Nurrana pula.

Raissa Nurrana diam memandang pesawat peribadi berwarna putih dengan tulisan keemasan di badannya.

Royal King.

"Abang. Kita nak pergi mana?" Raissa mendongak memandang wajah Daiyan Ghazi.

Daiyan Ghazi senyum nipis. Tangannya memeluk bahu Raissa Nurrana sebelum dia tunduk mencium pucuk hidung Raissa.

"Somewhere safer for you." Balas Daiyan Ghazi.

"Jauh ke tempat yang kita nak pergi ni? Tapi macam mana dengan kerja abang?"

"Just follow my lead, Rana." Skema jawapan paling ringkas dan selamat Daiyan Ghazi beri.

Raissa senyum nipis sebelum mengangguk kepala. Tak kisahlah kalau Daiyan hendak membawanya ke hujung dunia sekalipun, asalkan lelaki itu ada bersamanya. Itu sudah cukup.

"Come." Daiyan menyulam jari jemarinya diantara jari jemari runcing Raissa Nurrana.

Raissa senyum saat tangannya tenggelam di dalam tangan kasar yang menggenggamnya erat. Hangat. Selesa.

Raissa akur. Dia mengikut langkah lelaki itu yang memimpinnya penuh berhati-hati.

"Hati-hati. Jangan jatuh. Kalau jatuh cinta tak apa." Daiyan Ghazi berjalan betul-betul di belakang Raissa Nurrana saat mendaki anak tangga untuk masuk ke pesawat.

Raissa Nurrana ketawa kecil mendengar usikan itu. Tangannya menggenggam erat tangan lelaki itu. Daiyan Ghazi menjaga Raissa agar berhati-hati di saat mendaki setiap anak tangga. Protector. Penyayang. Hangat. Hilang sudah Raja Daiyan Ghazi yang baru sahaja naik hantu tadi.

Alhamdulillah. Kalau dia masih marah, mau dingapnya kepala semua orang.

Raissa ternganga sebaik sahaja masuk ke dalam pesawat peribadi itu.

This is what we call luxury.

Cantiknya...

"Abang!" Belum sempat menikmati pemandangan indah setiap pelusuk isi mewah pesawat ini, tiba-tiba kaki terasa melayang tak jejak tanah.

Takut jatuh, Raissa terus mencengkam erat bahu Daiyan Ghazi.

"Abang malulah orang tengok." Bisik Raissa yang sudah sembunyikan wajah di dada bidang Daiyan Ghazi. Dia dapat lihat senyuman-senyuman kambing beberapa orang pramugari di situ memandang ke arah mereka.

Malu...

"Kau lambat sangat. Kura-kura pun lari laju. Nak je aku tolak tadi tapi tak sampai hati."

Raissa terus angkat kepala mendengar kata-kata tak bernada itu. Terkebil-kebil mata bulatnya pandang Daiyan Ghazi.

"Aww darling. Nah i'm just kidding! Takkanlah aku nak tolak isteri aku." Daiyan Ghazi berkata. Tenang sahaja wajahnya dengan senyuman senget di bibir.

Raissa senyum. Rasa bersyukur sangat apabila Daiyan Ghazi sudah kembali tenang. Kalau tak, muka tegang semacam je. Kita nak kentut pun takut.

Nah tipu je!

Haha.


MATA yang terasa berat hendak dibuka membuatkan Raissa nak je sambung tidur. Namun sentuhan hangat di pipinya membuatkan dia gigihkan diri untuk membuka mata.

Perlahan-lahan mata dibuka sedikit. Terus tersenyum lebar Raissa saat melihat wajah syurganya di depan mata.

Ahaks!

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now